BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lori terbabas rempuh balai polis

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
pix_gal1


Kuala Lumpur: Sebuah lori yang sarat membawa muatan tar seberat 15 tan dikatakan mengalami masalah brek sebelum terbabas dan merempuh tembok pagar Balai Polis Sungai Besi, di sini, pagi semalam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan dari Hulu Langat ke Kampung Malaysia Tambahan, di sini.


“Lori terbabit sedang menuruni jalan berbukit dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) sebelum terbabas dan merempuh tembok balai polis itu.

“Akibat rempuhan itu, lori berkenaan terbalik di tengah jalan dengan separuh badannya masuk ke dalam balai,” katanya ketika ditemui, semalam.


Berikutan insiden itu, pemandu lori terbabit patah kaki kiri manakala sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di persimpangan lampu isyarat berdekatan balai polis ditimbus limpahan tar yang tumpah dari lori itu.


“Bagaimanapun, pemandu dan penumpangnya yang dalam perjalanan melakukan kerja-kerja di Kem Sungai Besi, di sini, tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Katanya, selain kenderaan pacuan empat roda berkenaan, sebuah lagi kereta Proton Satria milik seorang anggota polis yang bertugas di balai polis berkenaan turut rosak terkena tayar lori yang tercabut selain muatan tar yang tertumpah.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/ar...polis/Article/index_html#sthash.5envJx8C.dpuf
 
15 tan tar tue, confirm mati kalau terbalik atas orang, nasib baik la takde apa apa kemalangan jiwa terjadi...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
Boleh terus tabur tar kat jalan tu...:D:D
 
sampai tercabut tyar...cemas jgk lau tgh laju....
 
Nasib baik xde yg kena..masa tgh rempuh mesti dorg ingt penganas...hehehe..balai polis tu....
 
kalau yer pun marah kat polis, jgn ler sampai g rempuh balai tu.
:)):))
 
ni bukan balai polis, ni flat polis, balai kst seberang sana, aku slalu lepak sini, hehehhee
 
Back
Top
Log in Register