BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lori babi terbalik lagi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,660
Points
201

KEADAAN lori muatan babi yang terbalik di Jalan Pondok Batang, Asahan, malam tadi. FOTO ihsan polis

Jasin: Beberapa babi berkeliaran di bahu jalan selepas lori yang membawa haiwan itu terbalik di Jalan Pondok Batang, Asahan, di sini, malam tadi.

Kejadian jam 9.50 malam itu pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, lori dipandu lelaki berusia 58 tahun itu dalam perjalanan dari arah Asahan menghala ke Jasin.

Beliau berkata, lori terbabit dalam perjalanan ke Senawang, Negeri Sembilan untuk menghantar haiwan terbabit.

"Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik di bahu jalan.

"Akibat kemalangan itu pemandu lori mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain.

"Kesemua haiwan ternakan muatan lori itu kemudian ditangkap dan dipindahkan ke lori lain oleh pihak syarikat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.


== harian metro
 
Lori ni pun mesti jenis menyondol ikut dan macam muatan dibawanya.
 
Back
Top
Log in Register