ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Omar (kiri) dan Azmadi menunjukkan antara longgokan sampah yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab.
JOHOR BAHRU - Sikap segelintir pihak yang membuang sampah di lokasi pembuangan haram menyebabkan penduduk yang tinggal sekitar Jalan Rawa 10, Taman Perling, di sini, hidup dalam keadaan tidak selesa.
Masalah yang didakwa berlarutan sejak dua tahun lalu itu telah diajukan pelbagai pihak yang berkaitan namun sehingga kini tiada tindakan susulan diambil mengakibatkan sampah yang dibuang telah hampir seluas sebuah padang bola.
Salah seorang penduduk, Azmadi Alias, 36 mendakwa, dia tidak tahan dengan keadaan berkenaan apabila bau busuk hampir dihidu setiap hari yang dikhuatiri akan mengundang masalah kesihatan kepada penduduk sekitar.
"Bukan itu sahaja, hampir setiap hari mereka membuang sampah tanpa mengira waktu dan saya kira pernah sampai 30 lori satu dan tiga tan dalam satu hari kenderaan berkenaan ulang - alik di kawasan perumahan kami.
"Pelbagai sampah yang dibuang mereka termasuk sisa bahan pembinaan seperti batu, konkrit, kayu dan sebagainya. Masalahnya mereka membuang sampah tersebut di kawasan tanah paya bakau sekitarnya dan semakin menghampiri kawasan sungai yang berdekatan.
"Kami khuatir sekiranya masalah ini tidak diatasi kawasan sekitar berisiko mengalami banjir kerana tanah bakau sepatutnya menyerap air sungai bersebelahan yang telah ditambah. Aduan kepada pelbagai agensi telah dibuat, namun tiada tindakan yang diambil," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Omar Yassin, 45 mendakwa, penduduk bukan sahaja berdepan ancaman wabak penyakit daripada kegiatan pembuangan sampah haram itu malah berasa tidak selesa dengan kehadiran lori-lori yang membawa sampah di kawasan tempat tinggal kita.
"Akibatnya kami meletakkan papan tanda dihujung jalan memberitahu 'lori di larang masuk' sejak seminggu lalu, namun mereka tetap berdegil dan masih melaluinya.
"Bukan itu sahaja, kami bimbang dengan keselamatan kanak-kanak yang bermain di luar rumah. Mereka boleh menggunakan jalan lain jika mahu membuang sampah di kawasan itu, namun mungkin agak jauh berbanding melalui kawasan rumah kami.
"Kesannya juga menyebabkan jalan di depan rumah kami juga kotor selepas mereka melalui tanah mereka di tempat pembuangan sampah haram itu dan debu berterbangan ke rumah kami serta mengundang rasa sangat tidak selesa. Kami berharap pihak berwajib ambil tindakan" katanya.
Dalam pada itu, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Asri Amat berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang masalah berkenaan dan kertas siasatan masih dalam proses bagi membolehkan pihak yang terlibat akan didakwa di bawah Akta 672 untuk aktiviti sampah haram.