BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Long Tiger lari dari lokap

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,660
Points
201
Long Tiger lari dari lokap
FB_IMG_1639565393520.jpg


TANGKAK: Seorang lelaki berketurunan Rohingya dipanggil Long Tiger kini diburu polis selepas melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, suspek bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, itu meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.
“Suspek diambil dari Penjara Sungai Udang, Melaka semalam untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.

“Beberapa anggota polis yang membawa suspek ke mahkamah menyedari tertuduh sedang cuba melarikan diri apabila melihat dia keluar ke pintu utama mahkamah menuju ke pagar,” katanya dalam sidang akhbar, sebentar tadi.

Menurut Mohd. Fadhil, empat anggota polis terbabit bersama pengawal keselamatan cuba mengejar suspek namun dia terus menuju ke semak berdekatan sebelum hilang dan gagal dikesan.

“Jarak suspek dan anggota polis terlampau jauh menyebabkan dia sukar diberkas. Suspek telah melalui kawasan semak berdekatan bersama gari di tangan.

“Oleh demikian kita mohon kerjasama orang ramai yang terlihat suspek atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh untuk segera hubungi polis.

“Bagi kes ini, beberapa anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi suspek ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 kerana kecuaian,” katanya.

Mohd. Fadhil berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kesemua anggota tersebut terlibat dalam kejadian ini atau sebaliknya serta cara tertuduh meloloskan diri dari sel mahkamah.

Tambah beliau, tertuduh masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kini disiasat mengikut Seksyen 224 kanun sama kerana lari daripada tahanan.

“Suspek seorang lelaki botak dengan ketinggian lebih kurang 160 sentimeter dan berat sekitar 65 kilogram memakai baju pagoda serta berseluar coklat,” katanya. – UTUSAN ONLINE
 
Ngamuk la ayob khan

Kena gegar la
 
Aku pernah masuk penjara utk urusan rasmi, bukan pesalah jenayah.

Berani cakap mustahil boleh bolos.

Even sampah nak bawa keluar dari kawasan penjara pun kena cucuk2 dgn lembing.

Itu sampah, inikan orang. Hahaha.

Salam maghrib.
ni bukan lari dari penjara..
lari masa perbicaraan di mahkamah
 
Adeh sapa yg bertugas siap la gantung baju, silap2 kena buang, kesalahan yg besar nie klau dlm pasukan
 
Serius nampak hina dah pasukan polis ni...
Nak kawal sorang pesalah pun xmampu... Masa dia lari tu polis xde yang mengiring ke.. Xlogik sgt ceritanya..

Kalau rasuah mmg bodo la...harap sprm tangkap semua kaki2 rasuah dalam pasukan..
 
Kahkahkah melalui PINTU DEPAN tu.
Mantap.
 
Back
Top
Log in Register