TokCu
Legendary Member

- Messages
- 11,155
- Joined
- Jul 25, 2011
- Messages
- 11,155
- Reaction score
- 542
- Points
- 161
Di dalam dunia internet hari ini didapati hampir semua penulisan tentang Tuan Long Ghaffar bin Tuan Long Nik mengaitkan dengan negeri Reman. Long Ghaffar juga ditulis dengan berbagai ejaan; Long Gapar, Long Gakpa, Long Jaafar dan sebagainya tetapi masih merujuk kepada individu yang sama berdasarkan sejarah dan riwayatnya.
Untuk mencari kebenaran apakah kebenaran tentang Tuan Long Ghaffar itu putera Raja Reman, atau yang paling tepat bahawa ayahanda itu Tuan Long Nik, adalah Dato’ Pujud Raja Reman, marilah kita melihat dahulu sejarah negeri Reman.
Keberadaan negeri Reman telah bermula semasa pemerintahan Sultan Muhammad bin Raja Bakar (Raja Patani: 1774 – 1785). Sebelum munculnya nama Reman, wilayah itu berada di dalam negeri Jala (Yala/Jalor) dan Legeh. Hasil utama penduduk di kawasan berkenaan ialah pengeksportan kerbau dan lembu disamping hasil bercucuk tanam. Hasil buminya yang terbesar pula ialah biji timah.
Bagi pengurusan perlombongan bijih timah, Raja Patani telah melantik seorang pembesar bernama Tuan Mansur mengawasi aktiviti melombong yang dijalankan oleh Cina-Hakka bernama Tan-Kannanurak. Memandangkan bumi Reman mengandungi paling banyak bijih timah, maka pihak Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu telah berpakat dengan Tan-Kannurak supaya mempengaruhi Tuan Mansur untuk mengisytiharkan pembebasan Reman dari Patani.
Tuan Mansur telah diyakini oleh Tan-Kannurak bahawa Inggeris akan memberikan sokongan sekiranya Reman mendapat tindakan oleh Raja Patani. Tanpa berlengah, Tuan Mansur telah mengisytiharkan Reman adalah sebuah republik yang bebas daripada pengaruh dan sistem beraja. Tujuan pengisytiharan Republik Reman itu adalah untuk melepaskan Reman dari pengaruh mana-mana kesultanan Melayu terutamanya Patani yang pengaruhnya paling kuat pada waktu itu.
Dengan pengisytiharan Reman sebuah sebuah republik dan bebas dari Patani itu menyebabkan kemurkaan Sultan Muhammad bin Raja Bakar. Akibatnya Reman telah diserang oleh Patani selama beberapa bulan. Namun akibat sokongan dan pertolongan dari Cina Hakka dan Inggeris, Reman dapat bertahan dari serangan Raja Patani.
Kesempatan perang Patani-Reman ini telah diambil oleh Siam dengan menyerang Patani. Akhirnya Sultan Muhammad bin Raja Bakar telah syahid mangkat dalam serangan Siam dalam tahun 1785. Patani telah jatuh ke dalam penjajahan Siam buat pertama kali dalam sejarah yang bermula dari kegemilangan Langkasuka sehinggalah bentengnya terakhir iaitu Patani. Dengan kejatuhan Patani itu mengakibatkan negeri-negeri di bawah naugannya termasuklah Kelantan dan Terengganu terpaksa membayar ufti bunga emas kepada Siam.
Dengan kejatuhan Patani itu dalam tahun 1785, Reman telah bebas dari pengaruh Patani dan Tuan Mansur telah mengisytiharkan dirinya sebagai ketua Kerajaan Reman yang pertama. Reman terus memperluaskan wilayahnya dan memasuki Klian Intan di Hulu Perak dan Kroh bagi melombong bijij timah. Pada tahun 1826, Sultan Perak , Sultan Abdullah Muazzam Shah, telah membuat perjanjian persahabatan dengan Kompeni Inggeris di Pulau Pinang. Tidak lama selepas itu, Sultan Perak telah menghantar pasukan tentera di bawah pimpinan Dato’ Seri Lela menyerang orang Remand an akhirnya Klian Intan dan Kroh berjaya ditawan semula oleh tentera Perak.
Kebebasan Reman sebagai republik tidak bertahan lama, apabila Pemberotakan Patani oleh Datuk Pengkalan pada 1808, menyebabkan Siam merangka strategi untuk melemahkan penentangan orang Melayu. Pada tahun 1816, Siam telah menolak dakwaan bahawa Reman adalah negeri yang tiada kaitan dengan Patani. Ini adalah kerana Reman adalah masih di dalam naungan Patani semasa kejatuhan Patani kepada Siam. Bagaimana pun Tuan Mansur dilantik semula apabila Patani dipecahkan kepada 7 buah negeri. Tuan Mansur telah dilantik sebagai Raja Reman dan kekallah Reman diperintah oleh anak cucu Tuan Mansur sehinggalah berakhir kepada Tuan Jagong pada tahun 1902.
Salasilah Raja Reman
1) Tuan Mansur (1785/1816 – 18xx)
2) Tuan Kundur / Tuan Tok Nik Tok Leh bin Tuan Mansur (18xx- 18xx)
3) Tuan Timun / Tuan Nik Ulu bin Tuan Kundur (18xx – 18xx)
4) Tuan Abdul Kandis / Tuan Jagong bin Tuan Kundur (18xx – 1902)
5) Tuan Lebeh (Raja Muda Reman) bin Tuan Kandis
Berbalik kepada kisah Tuan Long Ghaffar bin Tuan Long Nik yang didakwa sebagai putera Raja Reman, sejarah kedatangan Dato’ Pengkalan Tua ke Kelantan perlulah dilihat semula.
Pada tahun 1686, Dato’ Pengkalan Tua, Wan Daim, telah membawa tiga orang puteranya yang telah dewasa ke Kelantan. Putera-puteranya itu ialah Tuan Sulong (Dato’ Pasir), Tuan Long Nik (Dato’ Pujud) dan Tuan Long Bahar (Tuan Besar).
Tuan Long Nik bin Wan Daim telah dijodohkan oleh Sultan Umar (Raja Jembal) dengan Che Seku, puteri seorang pembesar yang bernama Penghulu Deraman yang tinggal di Geting, Tumpat. Tuan Long Nik memerintah di Pujud yang bersempadan dengan Patani/Jala/Jambu.
Tuan Long Bahar bin wan Daim pula dianugerahkan Kota Bukit Jarum sebagai Raja Legeh. Pada tahun 1721, Sultan Umar telah mangkat dan Tuan Long Bahar telah ditabalkan sebagai Raja Jembal menggantikan almarhum.
Melalui perkahwinan dengan Che Seku, Tuan Long Nik bin Wan Daim mempunyai 4 orang putera iaitu, Tuan Long Nuh / Raja Long Nuh, Tuan Long Deraman / Raja Abdul Rahman, Tuan Long Man / Tuan Jalor dan Tuan Long Ghaffar.
Apabila Tuan Long Bahar ditabalkan sebagai Raja Jembal pada tahun 1721, Tuan Long Nik telah menyerahkan Pujud kepada Tuan Long Nuh sebagai Dato’ Pujud sedangkan baginda telah mengisi kekosongan sebagai Raja Legeh dalam tahunyang sama.
Tuan Long Nik telah mangkat sekitar tahun 1740 dan Raja Legeh telah diisi oleh putera keduanya iaitu Tuan Long Deraman yang bergelar Raja Abdul Rahman. Setelah kemangkatan Tuan Long Deraman pada tahun 1762, Legah diperintah pula oleh puteranya, Tuan Long Nik bin Tuan Long Deraman.
Tuan Long Ghaffar pula telah menjadi Perdana Menteri Kelantan dan memerintah Kelantan Timur selama 31 tahun iaitu bermula pada 1794 sehingga 1763, semasa pemerintaha Sultan Long Yunus.
Jika diperhatikan, keberadaan negeri Reman yang wujud hanya pada tahun 1785 sedang Long Ghaffar telah menjadi Perdana Menteri Kelantan hanya pada 1794 telah menunjukkan kekeliruan yang besar terhadap dakwaan tentang Raja Reman yang disebut sebagai bapa baginda. Tuan Long Ghaffar telah menjadi Perdana Menteri Kelantan hanya kira-kira 9 tahun sahaja selepas penubuhan negeri Reman yang mana ketika itu Tuan Mansur adalah Raja Reman. Sedangkan Tuan Long Nik bin Wan Daim adalah ayahanda kepada Tuan Long Ghaffar.
Begitu juga tahun kedatangan Tuan Long Nik bersama ayahandanya Wan Daim pada tahun 1686 yang ternyata lebih awal daripada wujudnya negeri Reman.
Berkaitan Dato’ Pujud sebagai Raja Reman pula adalah diluar kenyataan kerana Pujud itu adalah bersempadan dengan Jambu/Patani/Legeh. Raja Long Nuh menggantikan ayahandanya pada tahun 1721 sebagai Dato’ Pujud (sebelum menjadi Raja Patani pada tahun 1749) menunjukkan bahawa Pujud itu ialah sebuah pemerintahan berasingan di dalam naungan Patani.
Dan satu perkara lagi ialah tentang nama Tuan Long Nik dan Tuan Senik Geting adalah orang yang sama. Geting merupakan nama tempat isteri Tuan Long Nik bermukim sebelum mereka berkahwin. Gelar Tuan Senik Geting itu telah dinisbahkan atas tempat lahir isterinya sebagaimana kebiasaan panggilan di sebelah pantai timur.
Sumber: http://tabutjawi.blogspot.com/2013/10/long-ghaffar-putera-raja-reman.html

Last edited: