BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

London - Tertidur 2 bulan

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Tertidur 2 bulan

pix_middle

STACEY bersama ibunya terpaksa berdepan banyak masalah, termasuk tanggapan serong
orang ramai.​


LONDON: Gara-gara menghidap penyakit gangguan saraf, seorang pelajar tercicir daripada peperiksaan selepas tertidur pada April lalu dan hanya terjaga minggu lalu.

Disebabkan masalah itu, Stacey Comerford, 15, terlepas sembilan peperiksaan walaupun dia dijangka memperoleh markah A dalam setiap subjek diambilnya.


Insiden itu juga mencatat rekod tidur paling lama untuk Stacey.

Berasal dari Telford, Shropshire, Stacey menjadi seorang daripada kira-kira 1,000 penghidap Sindrom Kleine Levin atau turut dikenali sebagai Sindrom Sleeping Beauty.


Media semalam melaporkan, Stacey berharap dia dapat mengulang pembelajarannya secara sambilan dan kesal dengan kejadian menimpanya.


Bagaimanapun, kata Stacey, dia bersyukur di sebalik insiden itu kerana semakin ramai memahami masalah dihadapinya.

“Sebelum ini, orang tidak percaya pada apa yang saya alami dan ramai menyangka saya berdalih jika di sekolah, saya tiba-tiba minta izin untuk pulang kerana kepenatan,” katanya.


Sebelum ini, Stacey pernah tidur selama 20 jam sehari dan hanya bangun untuk menghirup sedikit minuman atau pergi ke tandas.

Ibunya, Bernie Richards, terpaksa menyuap sedikit makanan di antara waktu tidur itu bagi memastikan dia sihat sebelum kembali tidur.


Tidur melampau Stacey juga menyebabkan dia hilang berat badan hampir 13 kilogram.


Menurut Bernie, 53, apabila Stacey tertidur, tiada sebarang amaran atau tanda, sebaliknya berlaku secara tiba-tiba.


“Saya pernah terjumpa Stacey tertidur di lantai dapur,” katanya.


Apabila terjaga, kata Bernie, Stacey menyangka dia hanya tidur semalaman dan tiada sebarang ingatan mengenainya.


Menurut Bernie, Stacey mula mengalami simptom itu kira-kira setahun lalu tetapi hanya disahkan menghidap penyakit berkenaan pada Mac.


Pada peringkat awal, katanya, doktor menyangka perubahan emosi Stacey cuma disebabkan faktor usia seperti remaja lain.


“Doktor juga pernah mengesyaki Stacey mengalami ketumbuhan otak, tetapi nasib baik ujian dijalankan menunjukkan sebaliknya,” katanya.


Pengesahan mengenai Sindrom Kleine Levin diperoleh ketika Stacey dirawat pakar saraf di Hospital Kanak-kanak Birmingham. - TS



sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Tertidur2bulan/Article
 
mmg beauty sgt yg tido tu

dah save dah blanja mkn 2bulan tuh..
 
fuyyyooo.. lame nye dia tido... hehe... sleeping beauty tu
 
Bahaya gak kalau tertidur cam ni..

Nanti jangan ramai pulak yang mengaku ada penyakit ni sebab maleh
 
Koma ke ape ni.. Lama betul beliau tido..
 
Apabila terjaga, kata Bernie, Stacey menyangka dia hanya tidur semalaman dan tiada sebarang ingatan mengenainya.
 
Back
Top
Log in Register