BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lompatan 'gadis kuda'

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,239
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,239
Reaction score
1,659
Points
201
AKSI Ava melompat seperti kuda. FOTO YouTube


Ottawa: Seorang remaja di Kanada digelar 'gadis kuda' kerana kebolehannya melompat dan bergerak seakan haiwan itu.

Ava Vogel, 17, mampu melakukan pelbagai aksi lompatan ekuestarian sehingga tular di media sosial.

Portal berita upi.com melaporkan, Ava berkata, kebolehan itu disedarinya sejak enam tahun lalu.

Namun, kebolehannya itu mula menjadi perhatian umum sejak tiga tahun lalu selepas dia berjaya melompat empat lompatan dalam disiplin sukan berkuda.

"Saya akan menonton video sebenar lompatan kuda untuk melihat sendiri pergerakan haiwan berkenaan supaya aksi saya lebih semula jadi.

"Selepas itu saya akan cuba sesuaikan pergerakan dan lompatan kuda itu dengan kemampuan diri," katanya kepada CBC News.

Malah, bagi memastikan pergerakannya nampak tulen, dia turut menjalankan latihan kecergasan untuk membiasakan otot supaya mampu menahan impak lompatan.

Remaja perempuan itu menjadi tular selepas video lompatannya setinggi satu meter dimuat naik menerusi Instagram.

"Saya akan melompat dan bergerak seakan memiliki empat kaki seperti kuda dan lakukan semampu yang boleh," katanya.

Dia berkata, orang ramai kagum dengan kebolehannya yang dianggap unik walaupun ada yang menganggap ia sesuatu yang pelik dan luar biasa.


== hmetro
 
pinggang dia nmpk lain macam, kang bleh ke berdiri jln mcm manusia biasa balik..
 
x tersembam plk muka dia kt tanah tu..da blh masuk equestrian
 
Sakit pinggang pulak aku tengok ni
 
Back
Top
Log in Register