BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lokasi ponteng sekolah diserbu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SEBERANG TAKIR - Unggun api dipercayai untuk menghalau nyamuk, tilam dan pelbagai peralatan lain antara barang yang ditemui ketika Ronda Cegah Ponteng Sekolah - ‘Safe Village Programe' yang dilakukan, semalam.

Pasukan ronda yang disertai Skim Rondaan Sukarela (SRS), Rakan Cegah Jenayah (RCJ), Komuniti Kepolisan Balai Polis Gong Badak dan JKKK itu dibuat sebagai usaha mengekang gejala ponteng membabitkan pelajar sekolah.

Operasi digerakkan seawal jam 8.30 pagi di sekitar beberapa sekolah di Kuala Nerus yang dikenal pasti sering berlaku aktiviti tidak sihat itu, namun tidak menemui pelajar kerana dipercayai maklumat mengenai operasi sudah tersebar awal.

Bagaimanapun, penemuan unggun api yang masih bernyala membuktikan berlaku aktiviti ponteng, namun pelajar dipercayai beredar awal bagi mengelak tertangkap.

Pengerusi Komuniti Kepolisan Balai Polis Gong Badak, Md Azmi Abd Aziz berkata, operasi itu adalah yang kedua dilakukan pada tahun ini bagi mengekang gejala ponteng dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurutnya, operasi tertumpu di lokasi yang dikenal pasti menjadi tempat pelajar untuk ponteng berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi kerjasama penduduk dan juga pemimpin kawasan.

“Tujuan utama kita melakukan operasi ini adalah untuk memastikan gejala tidak sihat dibendung segera bagi mengelak pelajar terjebak dengan aktiviti lebih merbahaya termasuk penagihan dadah.

“Meskipun operasi ini lebih kepada usaha memberi amaran kepada pelajar, kita berharap dengan adanya usaha pencegahan ini memberi peringatan kepada pelajar bahawa tindakan mereka sentiasa diperhatikan," katanya.

Md Azmi berkata, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi mengekang segala bentuk aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa depan golongan muda.

Katanya, operasi sedemikian akan dilaksanakan secara lebih kerap dan pihaknya tidak berdepan masalah tenaga untuk meronda memandangkan ramai ingin turut serta dalam program pencegahan berkenaan.

“Kita berharap perkembangan positif ini mampu diterapkan dalam diri semua masyarakat, dan individu tertentu diingatkan agar tidak bersekongkol dengan pelajar yang ponteng termasuk membenarkan mereka melepak di gerai-gerai.

“Usaha yang kita lakukan ini juga bertujuan membentuk masyarakat prihatin dan bertanggungjawab dengan tidak membiarkan pelajar terlibat dalam aktiviti yang boleh merosakkan masa depan mereka,” katanya.

Seramai 20 peserta terlibat dalam operasi ronda cegah ponteng itu dengan menaiki motosikal yang berlangsung kira-kira empat jam.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/lokasi-ponteng-sekolah-diserbu-1.361611
 
ade informer gak tu budak2nye....
 
budak2 nie ponteng buat ape ntah... dulu aku rajin ponteng gaks tapi duduk rumah tengok tv/dvd :))
 
kesian den tengok anak2 melayu ni. belajar malas lepas tu bising cina kayo.

aku memang setuju 100% dengan komen ko :)cgrock

bukan nak memuji anak cine tapi....
tp waktu anak cine pi sekolah anak melayu pi lepak dlm hutan, waktu anak cine berduyun2 masuk kelas tuisyen, anak melayu berduyun2 pi masuk lepak kat pavilion, waktu anak cine keluar pusat tuisyen balik rumah, anak melayu keluar dr pavilion pi merempit dan karok pulak...

walaupun tak semua anak melayu kite macam tu tp kebanyakan ini la hakikat yg berlaku depan mata kite... anak cine pun ade enjoy gak tp enjoy diorang enjoy org berduit..

jangan hentam aku disebabkan komen aku ni Nampak macam nak kondem anak bangsa sendiri. sebab sayangkan bangsa la aku cakap macam ni.
 
Nak buat macam mana, pengaruh kawan kuat. Tetapi malas belajar tu sebab utama.
 
aku memang setuju 100% dengan komen ko :)cgrock

bukan nak memuji anak cine tapi....
tp waktu anak cine pi sekolah anak melayu pi lepak dlm hutan, waktu anak cine berduyun2 masuk kelas tuisyen, anak melayu berduyun2 pi masuk lepak kat pavilion, waktu anak cine keluar pusat tuisyen balik rumah, anak melayu keluar dr pavilion pi merempit dan karok pulak...

walaupun tak semua anak melayu kite macam tu tp kebanyakan ini la hakikat yg berlaku depan mata kite... anak cine pun ade enjoy gak tp enjoy diorang enjoy org berduit..

jangan hentam aku disebabkan komen aku ni Nampak macam nak kondem anak bangsa sendiri. sebab sayangkan bangsa la aku cakap macam ni.



lbh byk berseronok2...

aku smlm lpk kt kjg..

tgk bdk2 main kad..cm gundam ke apa..dlm sek men g tu..aduh...

rege pon bule tahan kad2 tu...
 
Back
Top
Log in Register