ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mark ketika melancarkan Lego Legends of Chima di Miniland.
LEGOLAND Malaysia Resort, pemilik taman tema pertama seumpamanya di Asia memperkenalkan Lego Legends of Chima (LLOC) yang telah dibuka kepada orang ramai.
Pengurus Besarnya, Mark Germyn berkata, model LLOC yang dipaparkan itu merangkumi elemen interaktif dan kesan animasi tersendiri.
Menurutnya, model LLOC dibina menggunakan lebih 214,000 kepingan lego dan mengambil masa anggaran 3,775 jam untuk disiapkan.
“LLOC adalah tarikan terbaharu di Miniland, yang mana memberikan pengalaman menarik untuk seisi keluarga," katanya.
Mark berkata, pihaknya turut menyediakan tayangan filem empat dimensi (4D) selama 20 minit untuk LLOC, supaya pengunjung berpeluang merasai pengalaman sebenar berada di alam fantasi."Bermula 14 hingga 30 Mac depan, kami turut menyediakan pelbagai aktiviti dan permainan menarik,” katanya.
Mark berkata, pihaknya turut menawarkan potongan harga bagi pembelian pas tahunan khusus untuk warga Johor dengan harga RM195 bagi dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak.
Sementara itu, pas tahunan dijual pada harga RM275 bagi dewasa dan RM210 untuk kanak-kanak.