combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
LKIM Siapkan Lima Projek Khas Perumahan Nelayan Di Perlis
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyiapkan lima projek perumahan menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di Perlis tahun ini, dengan keseluruhan peruntukan RM228,000, kata ketua pengarahnya Datuk Dr Abdul Salim Tajudin.
Beliau berkata dua daripada projek itu melibatkan rumah bina baharu dengan kos RM84,000 seunit di Kampung Tanah Timbul di Kuala Sanglang dan Kampung Padang Besar Selatan di Kuala Perlis.
Tiga lagi membabitkan kerja baik pulih rumah di Kampung Tengah dan Kampung Bahagia di Kuala Perlis serta Jalan Pesisiran Pantai Kuala Sungai Padang, Simpang Empat dengan peruntukan RM20,000 bagi setiap rumah.
"PKPN untuk Perlis tahun ini berjaya disiapkan seperti disasarkan, sekali gus memberi manfaat kepada komuniti nelayan yang layak memiliki kediaman lebih selesa dan selamat," katanya kepada pemberita selepas program penyerahan rumah bina baharu di bawah PKPN itu di Kuala Perlis dekat sini hari ini.
Abdul Salim berkata pelaksanaan PKPN di seluruh negara tahun ini dengan peruntukan RM10 juta antara usaha berterusan kerajaan bagi memperkukuh kebajikan komuniti nelayan melalui penyediaan perumahan berkualiti kepada golongan berpendapatan rendah.