pijoe
Legendary Member

- Messages
- 15,473
Paid Membership
- Joined
- Jun 11, 2008
- Messages
- 15,473
- Reaction score
- 2,156
- Points
- 291
team penuh star... tak tau nak amik mana satu untuk main 1st 11![]()
APA SUDAH JADI DENGAN ISAK
Secara teorinya perpindahan Isak dari Newcastle ke Liverpool dilihat sebagai langkah yang menguntungkan semua pihak. Namun hakikatnya pandangan itu terlalu umum dan tidak mengambil kira hubungan erat yang telah Isak bina bersama rakan sepasukan di Newcastle.
Contohnya Jacob Murphy. Pemain sayap Newcastle ini amat memahami gaya permainan Isak. Pada musim lepas, Murphy menjadi penyumbang utama kepada kejayaan Isak dengan 7 bantuan gol dalam saingan liga. Majoriti bantuan itu datang dari hantaran lintang pantas dan tepat. Isak dan Murphy mencipta gandingan paling berkesan di Liga Perdana.
Di Liverpool, tahap gandingan seperti itu belum wujud. Isak berada dalam bilik persalinan yang dipenuhi dengan watak besar yang masing-masing cuba membuktikan nilai dan peranan sendiri.
Florian Wirtz dan Hugo Ekitike berusaha menjustifikasi harga tingginya. Mohamed Salah pula ingin menunjukkan dirinya masih watak utama pasukan, dia terus memikul tanggungjawab pengambil sepakan penalti.
Cody Gakpo mahu kekal dalam kesebelasan utama selepas membantu pasukan menjulang kejuaraan pada musim lalu. Federico Chiesa pula semakin menunjukkan taring dan menuntut lebih banyak minit permainan selepas musim debut yang hambar pada 2024-25.
Perubahan besar dalam struktur pasukan turut menjejaskan kestabilan. Dua pemain bek-sayap baharu dan posisi No.10 yang sering bertukar menjadikan sistem pasukan masih belum mantap.
Slot cuba mencari rentak dengan mengekalkan kesebelasan sama dalam 2 perlawanan liga terakhir, namun perancangan itu gagal apabila Liverpool ketinggalan awal dalam kedua-dua perlawanan dan terpaksa bekerja keras untuk bangkit.
Secara keseluruhannya, keadaan di Anfield nampak agak berserabut. Isak antara salah satu mangsa utama dengan kekacauan taktikal dan perubahan besar itu. Namun sebagai penyerang utama bernilai tinggi, dalam masa terdekat ini dia dijangka bangkit dan mengembalikan kestabilan pasukannya.
Zuraimi Zukri