BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Liverpool sedia pecah rekod perpindahan Britain, tawar RM741 juta buru Isak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
3243760.webp

Masa depan Isak kini terus menjadi tanda tanya selepas penyerang Sweden itu menyatakan hasrat untuk mencari peluang baharu dalam perbincangan bersama pemilik kelab berkenaan dari Arab Saudi.

LIVERPOOL dilaporkan sedia memecahkan rekod perpindahan Britain dengan meluluskan tawaran bernilai £130 juta (RM741 juta) bagi mendapatkan penyerang Newcastle United, Alexander Isak pada jendela perpindahan musim panas ini.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sebelum ini telah mengemukakan bidaan awal berjumlah £110 juta (RM627 juta) termasuk tambahan klausa kepada Newcastle awal bulan ini, namun ditolak mentah-mentah.

Masa depan Isak kini terus menjadi tanda tanya selepas penyerang Sweden itu menyatakan hasrat untuk mencari peluang baharu dalam perbincangan bersama pemilik kelab berkenaan dari Arab Saudi.

Difahamkan, Isak menjalani latihan secara berasingan daripada skuad utama bimbingan Eddie Howe selepas enggan menyertai jelajah pramusim ke Asia, selain tidak diturunkan ketika aksi pembukaan EPL menentang Aston Villa hujung minggu lalu.

Ketiadaan Isak nyata menimbulkan kemarahan penyokong Newcastle yang hadir ke Villa Park, apabila kedengaran sorakan kecaman terhadap penyerang itu.

Meskipun Newcastle masih berpendirian tegas, Liverpool optimis mampu mendapatkan khidmat Isak serta pertahanan Crystal Palace, Marc Guehi sebelum tarikh tutup perpindahan pada 1 September ini.

Setakat ini, Liverpool sudah membawa masuk beberapa pemain baharu termasuk Florian Wirtz, Jeremie Frimpong, Milos Kerkez, Hugo Ekitike, Giovanni Leoni, Will Wright dan Armen Pecsi dalam jendela perpindahan kali ini.

Menariknya, Liverpool dijadual bertemu Newcastle dalam aksi kedua liga Isnin depan dan pengurusan The Reds dilaporkan tidak akan membuat sebarang pendekatan rasmi sehingga perlawanan tersebut selesai kerana enggan menghangatkan lagi keadaan.

Wirtz sebelum ini telah memecahkan rekod perpindahan Britain apabila berhijrah dari Bayer Leverkusen ke Liverpool pada Jun lalu dan Liverpool bakal sekali lagi mencipta sejarah sekiranya berjaya melengkapkan bidaan £130 juta bagi Isak.

Isak masih memiliki baki kontrak selama tiga tahun bersama Newcastle di St James’ Park.
 
Back
Top
Log in Register