Selepas beraksi 17 perlawanan buat Blackpool secara pinjaman, pemain Akademi Liverpool ini dipanggil balik oleh Liverpool dan akan didaftarkan dalam skuad utk separuh musim 22/23
Berikutan panggilan balik Williams, ia menguatkan rumours yg Nat Phillips bakal dijual sebelum jendela perpindahan tamat. Tetapi ianya agak risiko apabila Liverpool kini masih menanti kepulangan Van dijk yg cedera
Stefan Bajcetic pemain muda berusia 18 tahun dari Sepanyol yg bermain di akademi Liverpool 2020 - 2022 dan kini sebagai pemain senior Liverpool bermula pada 26 Disember 2022. Beliau menandatangani kontrak jangka panjang bersama Liverpool sehingga 2027..
FA Cup Highlights: Brighton & Hove Albion 2 - 1 Liverpool
Liverpool membuka gol pertama dan mendahului di separuh masa pertama, dengan Elliott menolak masuk hantaran dari Mo Salah.Namun Brighton menyamakan kedudukan apabila tendangan deras leret Lamptey terkena Dunk dan memperdaya Alisson.
Kedua dua pasukan mempunyai dua peluang awal tetapi dikeluarkan di atas garisan di awal perlawanan.
Dua peluang keemasan oleh Mo Salah dan Elliot juga dipersia siakan.
Di hujung saingan, Mitoma memperdayakan Joe Gomez untuk menjaringkan gol kemenangan Brighton.
Dan Liverpool gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA.
Kemasukan pemain senior seperti Hendo dan Fabinho bagai tiada makna dalam serangan Liverpool.
Dengar komen commentators tadi, antara punca Liverpool merundum ialah pattern Fabinho dan Henderson kurang masuk dalam penalti box semasa bertahan.
Arahan Kloop kot