"Ada ketikanya saya fikir kami tidak bermain dengan baik . Tapi penting untuk mendapatkan tiga mata dan menang.
"Kami cuba untuk bangkit dalam permainan tapi kami tidak cukup bagus dan kami tahu itu. Kami menang, itu adalah positif tetapi ada banyak perkara yang perlu kami perbaiki."
Virgil van Dijk diketepikan
Tonggak utama pertahanan Virgil van Dijk bakal diketepikan beberapa minggu ekoran kecederaan hamstring yang dialaminya ketika menentang Brentford tempoh hari.
Walaupun pada awalnya Jurgen Klopp menganggap pasukan telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan kapten Belanda itu pada separuh masa pertama.
Virgil van Dijk dikatakan akan berjumpa pakar untuk menilai tahap kecederaan hamstring. Kecederaan kelihatan lebih teruk daripada yang disangkakan..
FA Cup Highlights: Liverpool 2 - 2 Wolverhampton Wanderers
Gol Liverpool : Nunez, Mo Salah Gol Wolves : Guedes, Hwang.
Alisson hadiahkan gol kepada Wolves, apabila kesilapan hantaran dekat disambar Guedes untuk gol pembukaan.
Namun di penghujung babak pertama, hantaran jauh TAA tepat ke kaki Nunez untuk menyamakan kedudukan.
Kesilapan pertahanan Wolves yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas, membolehkan Mo Salah menjaringkan gol untuk Liverpool mendahului. Namun sekali lagi kesilapan dalam organisasi bertahan Liverpool, membolehkan pemain gantian Hwang Hee Chan menyamakan kedudukan. Liverpool sepatutnya bernasib baik kerana gol Wolves di lewat permainan dibatalkan oleh VAR. Defensive error dan passing error yang terlalu banyak. Perlawanan ulangan akan diadakan di Molineux 10 hari dari sekarang.