fuhgeddaboudit
Active Member
- Messages
- 2,044
- Joined
- Mar 10, 2016
- Messages
- 2,044
- Reaction score
- 771
- Points
- 71
kalau bos kt tmpt keje tak bagi cuti hari rabu tu, tak bole mengundi la ye? huhuhu...
Amaran kepada majikan tidak benar pekerja pergi mengundi
Oleh Fauziah Arof
KUALA LUMPUR 12 Mac - Kementerian Sumber Manusia mengingatkan para majikan di seluruh negara bahawa adalah menjadi satu kesalahan sekiranya enggan membenarkan pekerja mereka pergi mengundi pada 21 Mac ini.
Pegawai Perhubungan Awam (Bahagian Pentadbiran), kementerian itu, Saiful Hisham Mansor berkata di bawah Seksyen 25(3), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, majikan yang tidak memberi kebenaran boleh didakwa dan didenda sebanyak RM500 atau penjara selama enam bulan.
``Justeru, kita menyarankan kepada para majikan untuk membuat aturan tertentu dengan pekerja terlibat supaya mereka dapat keluar mengundi tanpa menjejaskan kelicinan operasi majikan,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Menurut beliau, walaupun hari mengundi jatuh pada hari Ahad yang merupakan cuti umum bagi sebahagian pekerja di negara ini, namun bagi Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah hari tersebut merupakan hari bekerja.
Dalam pada itu, katanya, di negeri-negeri yang bercuti pada Ahad terdapat juga syarikat-syarikat yang terpaksa menjalankan perniagaan dan tidak menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat mingguan pekerja.
Sehubungan itu jelasnya, kementerian tersebut meminta pihak majikan berkenaan memberikan kelonggaran kepada pekerja mereka untuk menunaikan tanggungjawab terhadap negara.
``Bagi pekerja-pekerja yang terpaksa mengundi di tempat-tempat berjauhan dari tempat kerja adalah disarankan supaya mereka mengambil cuti tahunan untuk tujuan berkenaan dan majikan hendaklah menerima permohonan tersebut,'' jelasnya.
Memandangkan pilihan raya hanya dijalankan sekali dalam masa lima tahun, diharapkan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh kesedaran dan ikhlas dalam menentukan masa depan negara.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, pihaknya telah mengedarkan surat pekeliling kepada semua ahli-ahlinya supaya membenarkan pekerja mengundi pada hari berkenaan.
