BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LIVE PRU 14 @ CG forum 9 May 2018

Status
Not open for further replies.
kalau bos kt tmpt keje tak bagi cuti hari rabu tu, tak bole mengundi la ye? huhuhu...

Amaran kepada majikan tidak benar pekerja pergi mengundi
Oleh Fauziah Arof
KUALA LUMPUR 12 Mac - Kementerian Sumber Manusia mengingatkan para majikan di seluruh negara bahawa adalah menjadi satu kesalahan sekiranya enggan membenarkan pekerja mereka pergi mengundi pada 21 Mac ini.

Pegawai Perhubungan Awam (Bahagian Pentadbiran), kementerian itu, Saiful Hisham Mansor berkata di bawah Seksyen 25(3), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, majikan yang tidak memberi kebenaran boleh didakwa dan didenda sebanyak RM500 atau penjara selama enam bulan.

``Justeru, kita menyarankan kepada para majikan untuk membuat aturan tertentu dengan pekerja terlibat supaya mereka dapat keluar mengundi tanpa menjejaskan kelicinan operasi majikan,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut beliau, walaupun hari mengundi jatuh pada hari Ahad yang merupakan cuti umum bagi sebahagian pekerja di negara ini, namun bagi Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah hari tersebut merupakan hari bekerja.

Dalam pada itu, katanya, di negeri-negeri yang bercuti pada Ahad terdapat juga syarikat-syarikat yang terpaksa menjalankan perniagaan dan tidak menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat mingguan pekerja.

Sehubungan itu jelasnya, kementerian tersebut meminta pihak majikan berkenaan memberikan kelonggaran kepada pekerja mereka untuk menunaikan tanggungjawab terhadap negara.

``Bagi pekerja-pekerja yang terpaksa mengundi di tempat-tempat berjauhan dari tempat kerja adalah disarankan supaya mereka mengambil cuti tahunan untuk tujuan berkenaan dan majikan hendaklah menerima permohonan tersebut,'' jelasnya.

Memandangkan pilihan raya hanya dijalankan sekali dalam masa lima tahun, diharapkan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh kesedaran dan ikhlas dalam menentukan masa depan negara.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, pihaknya telah mengedarkan surat pekeliling kepada semua ahli-ahlinya supaya membenarkan pekerja mengundi pada hari berkenaan.
 
pondan betul laaa...panas lak aku ngan dorang ni
 
Buat Poll

x Saya akan mengundi
x Saya nak mengundi tapi tak boleh balik mengundi
x Saya layak mengundi tapi memang taknak mengundi
x Saya tidak/belum layak mengundi
 
a'ah betul dah yg tuan kata tu. mmg kena ambik cuti selasa dengan khamis tu. takkan nak balik hari..

kalau nak undi Pas..ikhtiarlah balik mek...:)
nah logo free satu untuk Mek

30595097_421075515008227_6407790635230691328_n.jpg
 
buat ari rabu lak buatkan faktor peratus ngundi kurang.. yg leh ngundi pon pakcik2 makcik2 tua je yg masih sokong UMNO BN

yg muda2 berhijrah kt bandar x dpt balik kg psl kerja...so x der undi dibuat.. hebat permainan ni
 
rabu ye,,,,pegi mampus la...aku balik jugak... 4 hari aku cuti rehat.... najib punya permaianan mmg hebat....
 
PRU14: SPR akan menggunakan daftar pemilih Suku Tahun Keempat 2017 yang berjumlah 14,940,627 pengundi

DaZTEWcVQAAlUNT.jpg
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register