BTC USD 84,677.0 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LIVE! Hold dulu sebab cuaca (live video kat first page)

gilo apo, tak ke jadi komet nnt, tk pasal2 masuk atmosfera bumi dah rentung
 
Bekas Pemegang Rekod Terjunan Payung Terjun Tertinggi Dunia Maut Dalam Kemalangan

Masihkah anda ingat dengan Felix Baumgartner? Pada tahu 2012 beliau menjadi bualan global selepas melakukan terjunan payung terjun tertinggi dunia daripada ketinggian 38.969 km sekaligus memecahkan rekod terdahulu yang dicatatkan pada tahun 1960. Ia antara pentriman langsung di YouTube dengan jumlah penonton tertinggi pernah dicatatkan. Dukacita dimaklumkan peminat sukan lasak ini telah meninggal dunia hari ini. Baumgartner maut selepas paraglider bermotor yang sedang diterbangkan beliau terhempas di perkampungan Porto Sant’Elpidio. Sebab kemalangan berlaku masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa Itali.
​
​


Semasa hayat beliau, Baumgartner mengukir nama dalam beberapa sukan lasak menerusi kerjasama dengan Red Bull. Antara rekod yang pernah dipegang beliau ialah lompatan BASE paling rendah di patung Christ the Redeemer di Brazil dan lompatan basa tertinggi daripada puncak Menara Berkembar PETRONAS kedua-duanya pada tahun 1999. Rekod lompatan tertinggi mendiang Baumgartner hanya bertahan selama dua tahun selepas dipecahkan oleh Alan Eustace yang terjun daripada ketinggian 41.419 km.​
 
Back
Top
Log in Register