BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LIS Anjur Persidangan CBL-InnoLIS 2026 Sulung Nasional, Tarik 68 Pembentangan Projek

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
36400912acfc1805f2777a45fa37714d69b51398b5766


Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) mencapai kejayaan menganjurkan Persidangan CBL-InnoLIS 2026, yang menghimpunkan inovator muda untuk membentangkan penyelesaian kepada cabaran dunia sebenar melalui rangka kerja Pembelajaran Berasaskan Cabaran (CBL).

Persidangan itu yang berakhir hari ini menyediakan platform untuk pelajar sekolah menengah di seluruh negara mempamerkan projek inovasi yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).

Pengetua LIS, Fadlin Aimuni berkata program CBL pertama kali diperkenalkan di sekolah itu pada 2016 sebagai inisiatif rintis yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar terlibat dalam pembelajaran berasaskan penyelidikan sambil menangani isu dunia sebenar.

“Program ini menekankan perspektif pencapaian pelajar yang lebih meluas dengan memberi tumpuan bukan sahaja kepada prestasi akademik tetapi juga keupayaan pelajar untuk menggunakan pengetahuan secara kreatif dan membangunkan penyelesaian praktikal untuk cabaran global dan komuniti,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata selepas hampir sedekad program itu dilaksanakan di sekolah tersebut, tahun ini menandakan kali pertama Persidangan CBL-InnoLIS dibuka kepada pelajar sekolah menengah dari seluruh negara, meluaskan jangkauannya dan mewujudkan platform yang lebih besar untuk inovator muda bertukar-tukar idea dan bekerjasama.

Persidangan tersebut menarik 68 pembentangan projek inovasi dari sekolah di 11 negeri di Malaysia, mencerminkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan pelajar untuk membangunkan penyelesaian inovatif bagi cabaran dunia sebenar.

Susulan proses penilaian yang menyeluruh, 20 pasukan cemerlang telah dipilih sebagai finalis.

Daripada jumlah itu, 10 pasukan bertanding dalam kategori dalam talian pada 11 Mac lepas, membentangkan projek mereka secara maya dan menjawab soalan daripada panel juri.

Sepuluh pasukan yang lain bertanding dalam kategori fizikal, membuat pembentangan akhir pada majlis penutup yang diadakan di LIS, hari ini, yang menyaksikan para peserta mempamerkan prototaip mereka dan menunjukkan bagaimana inovasi mereka menangani cabaran dunia sebenar.

 
Back
Top
Log in Register