BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Linkin Park Gegar Bukit Jalil

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
IMG_8970+(1).JPG

Kumpulan metal, Linkin Park tampil dengan memberikan persembahan bertenaga di hadapan lebih 25 ribu penonton pada konsert jelajah dunia ‘Living Things’ di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, Isnin.

Kumpulan yang memenangi pelbagai anugerah ini membuka tirai konsert pada pukul 8.30 malam menerusi lagu Tinfoil, Faint dan Papercut.

Kumpulan yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini dianggotai oleh vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave 'Phoenix' Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.

Linkin Park terus memberi persembahan bertenaga dengan lagu-lagu popularnya seperti Givin Up, With You, Somewhere I belong, New Divide dan Victimized.

Sorakan kuat penonton mengamatkan keadaan di stadium setiap kali anggota kumpulan tersebut cuba berinteraksi dengan penonton.

Band yang berasal dari California, Amerika Syarikat itu menyampaikan 21 buah lagu dalam konsert yang berlangsung selama dua jam.

Tidak mahu menghampakan peminat, kumpulan ini turut menyanyikan lagu popular seperti In The End, Numb dan What I've Done pada bahagian penutup.

Biarpun dibasahi hujan renyai, penonton berpuashati dan terhibur dengan persembahan kumpulan tersebut.

Konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 "Living Things" ini dibawakan oleh The Wonderland+ dan peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana band ini memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara.

Thailand, Indonesia dan Singapura tidak tersenarai sebagai lokasi persinggahan mereka akibat kesuntukan masa.
 
zaman sekolah dlu aku minat laa linkin park ni....

siap beli kaset dia bagai ... bila mak aku tanya aku beli kaset artis mana , aku jawab linkin park, ayah aku tanya ,

" beli lagu cina ??"

aku tanya balik, "celah mana pulak lagu cina?"

dia balas, "abis tu, bukan Lin Kin Pak aaaa?"



kah3 x pnah2 plak aku terpikir mmg bunyi nama dh mcm artis cina daaa.. :p
 
zaman sekolah dlu aku minat laa linkin park ni....

siap beli kaset dia bagai ... bila mak aku tanya aku beli kaset artis mana , aku jawab linkin park, ayah aku tanya ,

" beli lagu cina ??"

aku tanya balik, "celah mana pulak lagu cina?"

dia balas, "abis tu, bukan Lin Kin Pak aaaa?"



kah3 x pnah2 plak aku terpikir mmg bunyi nama dh mcm artis cina daaa.. :p
ko x pergi ker? metallica pg x? :">
 
ko x pergi ker? metallica pg x? :">

eventually the time passes by until i get to know genres of electronic music n i officially become a raver since then ...

no more linkin park, no more pitbull , no more beyonce :p:p
 
Linkin park metal ker...?
 
linkin park femes time akh skolab dulu..time wat foloi,duk layan lagu ni..sejak da zaman kerja ni,layan lagu santai2 plak.
 
metal celah mane au..pop rock je..klaw alih bahasa melayu taraf2 spider je..kekeke
 
Back
Top
Log in Register