TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
LINGKARAN ASTEROID
- Merupakan kawasan yang mengandungi sebahagian besar Asteroid yang terdapat di dalam sistem suria .
- Kedudukannya berada di antara orbit Marikh dan Musytari .
- Lingkaran Asteroid kadang kala digelar sebagai "lingkaran utama" untuk membezakannya dengan kumpulan Asteroid yang lain seperti Asteroid dekat Bumi dan Trojan contohnya .
- Dianggarkan terdapat jutaan Asteroid pelbagai saiz dengan jarak yang pelbagai antara satu sama yang lain .
- Empat Asteroid terbesar di lingkaran Asteroid iaitu Ceres ( berstatus planet kerdil ) , Vesta , Pallas , dan Hygiea menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan jisim lingkaran Asteroid .
- Ceres yang ditemukan oleh Giuseppe Piazzi pada 01 Januari 1801 merupakan objek pertama yang diperhatikan di kawasan tersebut dan merupakan satu - satunya planet kerdil yang berada di lingkaran Asteroid .
AstroMet Malaysia