BTC USD 83,585.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lindsay Lohan terputus jari manis

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date
uishhh besar mane la tali kapal tu sampai putus jari dier...

biasenye lebih kurg besar tali lembu, tp kalo terlepas laju dia pegi, ni mgkn tarik ramai2, tapi yg lain lepas dia sorg x lepas, mmg kene,
ape2 pon bagus jgk dia pegi buat keje amal, semoga sembuh
 
org kaya ada insurans dptla sambung

klo marhaen hadap jela alasan tisu dah rosak
 
geli tengok kulit bintik2..tak selera den
 
Lindsay Lohan timbulkan tanda-tanya pakai hijab di Turki

lohan_turk.transformed.jpg

LOHAN (kiri) bersama Azize.

LOS ANGELES: Nama Lindsay Lohan, 30, sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi, namun beliau dilihat semakin mendalami agama Islam menerusi beberapa gambar yang sempat dirakamkan pihak media.

Bintang filem I Know Who Killed Me dan Mean Girls itu menimbulkan tanda-tanya mengenai perjalanan rohaninya apabila memuat naik gambar berhijab bersama seorang wanita ketika berkunjung di sebuah kem pelarian di Gaziantep, Turki.

"Insya-Allah. Doakan," tulisnya ringkas mengiringi gambar bertudung yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Lohan memuji wanita Turki bernama Azize yang dilihat cantik berhijab dan keikhlasan pujian yang diberikan itu jelas terpancar menerusi sinar matanya.

Lohan kemudiannya mendekati wanita terbabit yang melambai dan memanggilnya dari jauh. Azize lantas menghulurkan hijab untuk disarungkan ke kepala Lohan.

Terdahulu, Lohan pernah mengejutkan netizen apabila dilihat membawa al-Quran. Pelakon wanita itu mengakui sedang membaca kitab suci tanpa menyembunyikan apa-apa.

"Saya seorang yang kuat beragama bagi seorang penganut Katolik, namun terbuka untuk mendalami kepercayaan lain.

"Setiap manusia mempunyai pandangan tersendiri mengenai al-Quran, namun kadangkala ia disalahertikan oleh sesetengah pihak," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/201560
 
Back
Top
Log in Register