BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Linda digugur daripada AF7

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Bakal pengantin baru, Linda Jasmin (gambar) digugurkan daripada senarai tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim ke-7 (AF7) yang bermula 7 Mac depan.

Linda sudah sinonim dengan AF apabila menjadi tenaga pengajar rancangan itu sejak ia bermula pada 2003.

Khidmat Linda sebagai Guru Koreografi akan digantikan dengan A. Aris A. Kadir yang juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang tarian dan juga seni teater.

Pengurusan Astro menjelaskan, keputusan itu hanya satu strategi biasa untuk menyuntik pembaharuan.

"Kita bukan buang Linda. Jasanya sudah terlalu banyak dengan AF, tetapi inilah masanya kita mencuba pula orang baru," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul di sini semalam.

Linda pula ketika dihubungi enggan mengulas lanjut pada masa ini kerana sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya.

Selain Aris, dua lagi muka baru dalam AF ialah pelakon Ida Nerina sebagai Guru Seni Persembahan dan Lakonan menggantikan Fauziah Nawi manakala Hashridz Murshim Hassim atau Acis selaku Pengarah Muzik menggantikan Ramli MS.

Pengacara AC Mizal juga kekal, begitu juga Sarimah Ibrahim yang mengacara program Diari Akademi Fantasia dan Diari INT AF.
 
AF lagik... habis la lalai org melayu ni
 
aku paling kecian.. pakcik ngan makcik dlm iklan AF7 tu.. mcm xda menda lain nak buat.... byk2 la beribadat.. usia makin tua.. cukup la masa muda kita leka...
 
Program akademi fantasia ni semalam ada nampak iklan Datin Rosmah mempromosikan program ni... sampai wife Timbalan Perdana Menteri pun buat promosi program ni kat Astro.. dasyhat betoi..
 
ini semua melalaikan....
menggalakkan maksiat...
org berlumba2 nak jadi penyanyi....
 
bagus2...bertambah hebat melayu kita nie...berlumba2 nak masuk program nie...program pengajian yg paling singkat lam sejarah akademi...6 bulan je dah dapat diploma...syarat nak masuk darjah 6 pun xpe janji pandai membaca dan menulis...dan yg paling penting mesti pandai kuarkan air mata...
 
Back
Top
Log in Register