BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima sekeluarga mati ditembak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Gambar keluarga Boren.
< 1 / 2 >
KES 2: Lima sekeluarga mati ditembak

Seorang lelaki dari Utah, Amerika Syarikat nekad membunuh lima ahli keluarganya termasuk isteri Kelly Boren, 32, ibu mertuanya Marie King, 55, anak lelakinya Jaden, 7, dan anak perempuan, Haley, 5, sebelum bertindak menembak dirinya sendiri.

Difahamkan, Joshua Boren yang juga anggota polis dikatakan tidak hadir untuk bertugas pada syif malam sehari sebelum kejadian menyebabkan rakan sekerjanya pergi ke rumah mangsa sebelum mayat lima beranak itu ditemui di sebuah bilik di rumahnya. Setibanya di rumah mangsa, anggota penyiasat polis mendapati, percikan darah memenuhi ruangan tangga hingga ke bilik di tingkat atas. "

Selaras pistol tanpa peluru turut ditemui tidak jauh dari mayat Joshua. Kejadian tersebut nyata mengundang rasa terkejut di kalangan jiran, rakandan keluarganya kerana kira-kira sejam sebelum kejadian, Kelly memuat naik kesemua gambar ahli keluarganya di laman sosial Facebook.

Teman rapat Kelly, RiRi Whitting berkata, dia mengetahui pasangan itu mengalami masalah rumah tangga sejak tiga bulan lalu, namun tidak pernah menyangka ia berakhir kepada tindakan sekejam ini.

“Josh bukan lelaki jahat. Dia seorang suami dan bapa yang baik. Manakala, Kelly pula seorang rakan yang sentiasa gembira. Dia sering membuat orang yang berada di sekelilingnya terhibur.

“Mereka mempunyai sebuah keluarga bahagia. Namun, tiada siapa menyangka Josh sanggup bertindak sedemikian termasuk membunuh dua orang anak kecilnya,” katanya.

Polis memaklumkan, sepanjang tempoh siasatan ini tiada nota bunuh diri atau alasan kukuh ditemui yang menjurus kepada motif perbuatan itu. - Crime news
 
Last edited:
tak paham aku tajuk ni tt. apa yang dera atau didik nya? bikin aku konpius je pagi2 ni.
 
tajuk ??

The message you have entered is too short. Please lengthen your message to at least 10 characters.
 
ni bru dkatakan shdup dan semati..aptb..
 
tak paham aku tajuk ni tt. apa yang dera atau didik nya? bikin aku konpius je pagi2 ni.

pemberita ni dah silap entah pa tak taulah.....dah tukar tajuk yang sesuai.
 
tension ngn mak mertua kot
hehe monster in law
 
Bisikan setan agaknya..

p/s: bini dia lawa.
 
Back
Top
Log in Register