BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima pencandat sotong selamat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg


KELETIHAN... Mohd. Firdaus bersama ibunya, Zaiton Zharmadah ketika mendapatkan rawatan di KMBC, Kota Bharu semalam.

PASIR PUTEH - Lima lelaki yang dilaporkan hilang di perairan Tumpat, Kelantan ketika keluar ke laut untuk memancing dan mencandat sotong pada Jumaat lalu diselamatkan oleh nelayan Thailand setelah bot yang mereka naiki kehabisan minyak dan hanyut hingga ke sempadan perairan negara jiran.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kapten Wan Burhanuddin Jusoh berkata, bot itu ditemui di sebuah lokasi 63 kilometer dari pantai Tok Bali di sini.

Menurut beliau, pihaknya mendapat maklumat mengenai lima lelaki tersebut melalui Polis Marin Diraja Thailand yang dihubungi oleh tekong bot nelayan berkenaan untuk memaklumkan mengenai penemuan kelima-lima pemancing malang itu.

"Saya dimaklumkan mengenai penemuan mangsa oleh Polis Marin Diraja Thailand kira-kira pukul 11 malam tadi (kelmarin) dan kita terus menghantar tiga buah bot, Kilat 17 dan Kilat 28, serta bot penyelamat untuk memberikan bantuan.

"Maklumat yang diberikan adalah tepat dan ini memudahkan pihak kami menjejaki mangsa," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar semalam.

Kelima-lima pemancing yang berjaya diselamatkan itu ialah Mohd. Firdaus Suhaimi, 18, abangnya, Mohd. Fadzuan, 25, dari Kampung Dalam Rhu; Mohd. Osman Mohamad, 36, dari Kampung Morak; Mazlan Mohamad, 44, dari Wakaf Che Yeh, dan pemandu bot, Mohd. Masdi Che Hassan, 39, dari Kampung Pantai Cahaya Bulan.

Wan Burhanuddin memberitahu, sebaik pihaknya tiba di lokasi bot nelayan berkenaan, kesemua mangsa didapati berada dalam keadaan lemah dan diberikan rawatan awal sebelum membawa empat daripada mereka pulang selain menunda bot fiber yang dinaiki mangsa ke pangkalan APMM di Tok Bali.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
Alhamdulillah jgn lupa sujud syukur
 
Alhamdullilah,aku cuba bayangkan kalu benda2 ni terjadik kat keluarga sendiri,syukur semua selamat
 
sebak gak tengok semalam..yg sorang tu first time lak tu..
 
umur masih panjang...alhamdulillah
 
Kehabisan minyak... Pendayung pulak tak bawak... Kesian... Nasib sampai Thailand bukan Hawai..
 
alhamdulillah.... nasib baik thailand.. kalo dekat perairan indon... mau kene samun dgn lanun..
 
Back
Top
Log in Register