ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA LUMPUR 2 Mei – Lima menara yang menjadi ikon di beberapa bandar di negara ini bertukar warna kepada hijau neon sempena program Do The Dew anjuran syarikat pengeluar minuman, Permanis Sdn. Bhd. (Permanis).
Menara terlibat ialah Menara Kuala Lumpur di sini, Menara Landmark di Johor Bahru, Menara Alor Setar di Alor Setar, Menara Taming Sari di Melaka dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Pulau Pinang.
Menara Kuala Lumpur dengan ketinggian 421 meter itu berwarna hijau selama 10 jam dari pukul 8 malam ini hingga pukul 6 pagi esok.
Warna hijau neon itu adalah bertepatan dengan warna pembungkusan baharu produk Permanis iaitu Mountain Dew edisi neon.
Fenomena bangunan berwarna hijau berkenaan bertujuan memberi peluang kepada orang ramai mengalami sendiri keunikan rasa baharu Mountain Dew yang kini dipasarkan dalam botol neon.
Warna hijau neon itu mencerminkan semangat minuman tersebut yang menggalakkan orang ramai untuk lebih menonjol dan berbeza dari aspek pandangan dan pengalaman hidup.
Pengunjung yang ditemui di sekitar menara tersebut rata-rata teruja dengan ‘warna baharu’ Menara Kuala Lumpur berkenaan dan memuji inisiatif dilakukan Permanis itu.
Seorang pelancong dari Rusia, Ian Kulikov, 33, berkata, dia tidak pernah melihat perkara seumpama itu dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang sangat unik.
“Pemandangannya adalah sangat cantik dan saya amat sukakannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
DI JOHOR BAHRU, orang ramai terpesona melihat Menara Landmark setinggi 33 tingkat yang terletak di pusat bandar raya tersebut dilimpahi dengan warna hijau neon tepat pukul 8 malam ini.
Seorang pekerja swasta, Mohd. Akmal Yazit, 26, mengakui teruja melihat menara tersebut yang merupakan antara bangunan tertinggi di pusat bandar raya tersebut dilimpahi dengan cahaya neon.
“Dari jauh saya boleh melihat lambang Mountain Dew pada menara ini. Saya amat tertarik dengan konsep baharu botol minuman ringan berkarbonat ini kerana nampak sangat menarik,” katanya.
Di PULAU PINANG, perubahan warna bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kepada hijau menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan penduduk negeri tersebut.
Kesemua menara itu dipilih bagi menunjukkan kepada orang ramai kehadiran produk terbaharu Mountain Dew tersebut serta satu strategi Permanis untuk menarik pelanggan.