BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima lelaki warga asing ditahan edar dadah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,281
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,281
Reaction score
1,665
Points
201
Lima lelaki warga asing ditahan edar dadah
FB_IMG_1653323226846.jpg

Ganja bernilai RM3,250 yang berjaya dirampas polis.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya memberkas lima lelaki warga asing kerana disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah menerusi serbuan berasingan sekitar kondominium Sri Hartamas dan Petaling Jaya, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan pertama dijalankan pada pukul 6.15 petang di kawasan tempat letak kereta kondominium terbabit.

“Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan dua lelaki warga asing di dalam sebuah kereta jenis Toyota Yaris bersama beg yang mengandungi satu ketulan ganja seberat 1.04 kilogram.

“Hasil siasatan lanjut, serbuan kedua dijalankan di sebuah kondominium sekitar Petaling Jaya pada pukul 8.30 malam yang mana polis memberkas tiga lagi lelaki warga asing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, hasil pemeriksaan di premis terbabit polis menemui 10 ketulan daun kering ganja dan satu bungkus ceraian daun yang sama seberat 205 gram.

Jelasnya, nilai keseluruhan rampasan dadah adalah sebanyak RM3,250 yang boleh dibekalkan kepada 2,400 pelanggan.

“Sementara itu, ujian saringan awal air kencing kesemua suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun itu mendapati tiga suspek positif ganja.

“Tiga suspek itu telah ditahan reman selama tujuh hari manakala selebihnya enam hari bermula hari ini di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Tambah Amihizam, siasatan bagi mengesan ahli sindiket yang terlibat serta sumber bekalan dadah sedang giat dijalankan. – KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register