BTC USD 81,812.0 Gold USD 4,088.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Liga Super 2015

11178276_1082076571809499_5049901363071882333_n.jpg
 
Azraai Yakin Dengan Amiridzwan Taj

imageResize.ashx

Jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah yakin kehadiran Amirizdwan Taj Tajuddin akan dapat memperkuatkan lagi barisan pertahanan pasukan itu.
Beliau berkata bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu mempunyai pengalaman yang luas serta fizikal mantap untuk mengemudi bahagian pertahanan The Red Warriors (TRW).

"Dia (Amiridzwan) seorang pemain yang bagus dan mempunyai pengalaman luas dan juga pernah beraksi bersama skuad kebangsaan sebelum ini.

"Kehadirannya memberi kelebihan kepada saya untuk menyediakan ramuan terbaik buat pasukan, harapan saya agar Amirizdwan dapat mempamerkan aksi terbaik bersama pasukan baharu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan Kelantan membawa masuk Amiridzwan Taj bagi memperkuatkan pasukan itu untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan mendaftar pemain berusia 29 tahun itu hari ini.

Selepas sembilan perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan berada di tangga kesembilan dengan 10 mata, selepas mencatat tiga kemenangan dan satu seri.
 
Kedudukan Teratas Liga Masih Terbuka

imageResize.ashx

Kontroversi yang melanda dalam saingan Liga Super pada minggu lalu merupakan sebahagian warna warni dalam perkembangan terkini industri bolasepak negara.

Perkembangan seperti pergaduhan peminat,pertikaian diantara pihak pengurusan dan perpindahan pemain semasa pintu perpindahan dibuka serta pemecatan jurulatih.

Ia mengambarkan kerancakan Liga Malaysia pada ketika ini berada pada landasan yang tepat. Dengan berlakunya kontroversi itu, akan mematangkan semua pihak terutama dalam urusan pentadbiran dan pemikiran yang lebih professional. Dimana pihak pengurusan akan lebih peka dengan setuasi terkini dan juga akan lebih bijak dalam menangani sesuatu kontroversi itu.

Ini dapat kita perhatikan bagaimana pegurusan ATM dan JDT mengambil satu tindakan serta keputusan yang drastik, apabila memecat jurulatih mereka dalam setuasi yang berbeza. Namun ia bukanlah perkara yang boleh mengundang kerancakan dan kejatuhan Liga Malaysia tetapi ia lebih kepada perancangan sesebuah pasukan itu.

Kita dapat lihat bagaimana kebangkitan yang dilakukan ATM dalam beberapa perlawanan terutama pada perlawanan terakhir mereka apabila berjaya menewaskan pendahulu liga iaitu PDRM. Dengan kekalahan pasukan PDRM itu telah membuat perebutan tangga teratas Liga Super ketika ini.

Pasukan seperti Selangor, JDT, Felda United, Pahang, Perak dan Terengganu perlu mencari jalan bagaimana untuk terus bersaing bagi memastikan pasukan mereka tidak ketinggalan mata yang begitu jauh, walaupun persembahan pasukan mereka tidak begitu konsisten.

Disinilah para pemain perlu menunjukan kematangan dan tahap profesionalisma mereka dalam mengekalkan prestasi persembahan dalam setiap perlawanan selepas ini. Sekiranya mereka tidak mampu mengekalkan prestasi pada setiap perlawanan itu akan membuka ruang kepada pasukan-pasukan bawahan untuk terus bersaing dan menggangu kedudukan tangga teratas.

Lihat sahaja pasukan Selangor walaupun pada awalnya mereka berjaya menakluki tangga teratas dalam masa dua minggu tetapi disebabkan pemain-pemain tidak dapat mengekal konsentrasi seratus peratus dalam dua perlawanan berturut-turut itu memberi peluang kepada pasukan PDRM untuk mengungguli carta Liga.

Setiap kali pertukaran kedudukan carta liga super itu telah menggambarkan bahawa Liga Super ini semakin rancak dan terbuka. Maka dengan itu saya mengharapkan semua peminat dapat memberi sokongan dan bijak untuk mengangkat martabat bolasepak kita ditahap yang lebih baik. Berilah sokongan kepada pasukan anda tanpa berbelah bagi dan tidak mencemarkan nama baik pasukan anda dengan tidakan yang kurang bijak.
 
Liga-M Musim 2016 Kekal Dengan 24 Pasukan

imageResize.ashx

Jumlah pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim 2016 kekal dengan 24 pasukan iaitu masing-masing 12 dalam Liga Super dan Liga Perdana walaupun pengelolaan liga itu diambil alih oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata jadual semasa liga itu agak ketat dan beliau tidak melihat pasukan tambahan akan menambah keceriaan dalam sukan bola sepak tempatan.

Pada Januari lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani perjanjian dengan syarikat hak media sukan, MP & Silva untuk membentuk FMLLP yang menjana keuntungan berjumlah RM1.26 bilion dalam tempoh 15 tahun.

"Saya melihat keghairahan dalam kalangan peminat untuk melihat lebih banyak pasukan mengambil bahagian khusus dalam Liga Super tetapi kita harus faham liga semasa adalah padat," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pengurus dan jurulatih berhubung penstrukturan semula Liga-M 2016 di bawah FMLLP, hari ini.

"Bagaimanapun, pada masa depan, sekiranya dapat susun kalender yang boleh menampung lebih banyak pasukan dalam satu liga tunggal, mungkin ia akan dipertimbangkan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah menjelaskan, hampir sebahagian besar wakil pasukan yang hadir pada taklimat berkenaan bersetuju dengan penstukturan baharu Liga-M di bawah FMLLP dalam usaha untuk memastikan liga berkenaan dapat diswastakan sepenuhnya menjelang 2016.

Beliau berkata badan induk itu turut bekerjasama rapat dengan pasukan kelab dan negeri dalam memastikan proses pelesenan dalam kalangan pasukan bertanding dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Perkara itu tidak akan berjalan serentak namun kita yakin akan mengambil masa selama beberapa tahun sebelum kelab (dan pasukan negeri) dapat memenuhi kriteria (ditetapkan) untuk proses pelesenan itu," kata Afandi.

Menerusi penstrukturan berkenaan, sebuah badan khas di bawah FMLLP yang dikenali sebagai Kongres Liga bertanggungjawab terhadap perjalanan Liga-M selain pelaksanaan polisi liga termasuk penggunaan pemain import bagi pasukan yang bertanding.

Tiga badan utama akan menjadi pemegang saham di bawah Kongres Liga iaitu pasukan Liga Super dan Perdana selaku rakan; FAM sebagai Rakan Pengurus manakala MP& Silva bertindak selaku Rakan Khas.
 
Back
Top
Log in Register