BTC USD 83,378.7 Gold USD 4,118.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Liga Super 2015

Terengganu FA

1795591_1166829793346125_5124996478302236784_n.jpg
 
smoga jdt menang di laman sndr...kebal..tp klu ganu dapat kalahkan jdt kt larkin...respect~~
 
imageResize.ashx

SAINGAN LIGA SUPER MASIH TERBUKA

Saingan di Liga Super masih terbuka biarpun sudah melangkah ke pusingan kedua namun belum ada pasukan yang mampu meletakan jarak ketara diantara satu sama lain

Walaupun Pahang ketika ini mendahului pasukan lain namun kedudukan mereka masih belum selesa kerana hanya terpisah dua mata dengan juara musim lepas Johor Darul Takzim (JDT)

Pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan akui gusar akan prestasi anak buahnya beraksi di bulan puasa namun kerisaun Zainal nyata meleset apabila berjaya mencatat kemenangan 5-3 keatas PDRM Sabtu lepas

JDT turut menamatkan saingan pusingan pertama dengan kemenangan walaupun sekadar menang 1-0 berdepan Terengganu

JDT yang mengubah tampuk kejurulatihan dengan berpaksikan kredibiliti yang di miliki Mario Gomez, perlu menyesuaikan diri dengan kadar segera jika benar mahu mencabar Tok Gajah yang kini memimpin liga

Sudah pasti skuad Harimau Selatan mahu pertahan gelaran juara liga mereka tahun lalu

Disamping itu, gergasi merah kuning Selangor yang sudah ketandusan piala selama 4 tahun turut berada dalam senarai pencabar terdekat

Dibawah kendalian Mehmet Durakovic, Selangor harus dianggap sebagai pencabar

Walaupun dibezakan dengan pendahulu liga 5 mata namun keadaan mampu berubah sekiranya Pahang dan JDT tewas dalam aksi akan datang

Selangor ketika ini sedang berkongsi mata dengan 3 pasukan lain, Perak, PDRM dan Felda United
 
Football Association of Malaysia (Official)

11168189_804682016295231_8510183837461532607_n.png

Kedudukan & jadual perlawanan ke-12, Liga Super 2015, hari ini:

Pahang lwn PDRM
Stadium Darul Makmur, 10.00 mlm

Johor Darul Ta'zim lwn Terengganu
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin 10.00 mlm

Selangor lwn KL Felda United FC
Stadium Shah Alam, 10.00 mlm

Perak lwn Sarawak
Stadium Perak, Ipoh 10.00 mlm

KL Sime Darby FC lwn Kelantan
Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 10.00 mlm

ATM lwn LionsXII
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi 10.00 mlm
​
 
Sime Darby FC

Kaunter tiket bagi perlawanan Liga Super 2015: Sime Darby FC mln Kelantan akan dibuka pada 4.30 p.m

Semua kain rentang hanya dibenarkan dipasang di dalam stadium bermula 8.00 p.m. hingga 8.30 p.m. sahaja
 
Sime Darby FC

Sime Darby FC First XI: Redzuan Harun (GK), Ivan Dragicevic, K. Prabakaran, Juzaili Samion (C), Tengku Qayyum, Fadzli Shaari, Fahrul Razi, Marko Perovic, Halim Zainal, Reinaldo Da Costa, Nazrul Kamaruzaman
 
Back
Top
Log in Register