BTC USD 81,581.8 Gold USD 4,024.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Liga Super 2015

Tugas Berat Menanti Shahrin Majid

imageResize.ashx

Biarpun akui kini berdepan tugasan sukar selaku pemangku jurulatih ATM, Shahrin Majid menyuarakan kesediaan menggalas tugas itu menjelang aksi Liga Super berdepan Sarawak di Kuching Sabtu ini.
Shahrin kini mendapat kepercayaan pengurusan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (PBAT) sekalu pemangku jurulatih selepas persatuan itu merehatkan B. Sathianathan selaku jurulatih Selasa lalu.

Bekas pemain sayap kebangsaan ini tekad menggunakan tempoh empat musim berguru dengan Sathianathan selaku penolong jurulatih untuk membimbing skuad The Gladiators.

ATM kini menghuni tangga kedua tercorot Liga Super selepas tujuh perlawanan dan Shahrin akui, ia bukan tugas mudah untuk menjelmakan kebangkitan pasukan.

Namun, Shahrin berasa ia mampu dilakukan jika barisan pemain turut komited memainkan peranan di atas padang.

Selain tugas getir menanti Sharin majid membimbing ATM berdepan Sarawak Sabtu ini, turut berlangsung pertemuan Sime Darby dan PDRM, sementara Selangor menentang Lions XII, Johor DT lawan Kelantan dan Terengganu menerima kunjungan Felda United.
 
Jadual Liga Super 2015 edisi Artortoise

18 April 2015

Pahang FA vs Perak FA
Johor DT vs Kelantan FA
Selangor FA vs Lions XII
Sarawak FA vs ATM FA
Terengganu FA vs Felda United FC
Sime Darby FC vs PDRM FS​
 
Sarawak Buru Kemenangan Sulung Di Tempat Lawan

imageResize.ashx

Sarawak mahu memecah kebuntuan meraih kemenangan di tempat lawan dalam kempen Liga Super musim ini apabila berdepan dengan Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu ini.
Bagi jurulatihnya, Robert Alberts, pasukan itu perlu menggerakkan misi yang lebih gigih mencari kemenangan di tempat lawan bagi memperbaiki kedudukan liga.

Selepas lapan perlawanan, Sarawak kini mengumpul sembilan mata dan menghuni tangga kelapan liga dengan dua kemenangan dan tiga seri.

"Mulai sekarang, kita perlu mengutip mata di tempat lawan serta meningkatkan jumlah jaringan," katanya di sini hari ini ketika mengulas pertemuan dengan
Lions XII.

Dalam lapan perlawanan setakat ini, Sarawak hanya menjaringkan 10 gol sementara membolos 11 manakala Lions XII menghuni tempat kesembilan liga dengan tujuh mata.

Alberts menyifatkan perlawanan di padang tiruan Stadium Jalan Besar itu sesuatu yang mencabar ekoran pergerakan dan lantunan bola lebih pantas dan kadangkala sukar dibaca mampu memerangkap pasukan lawan.

Bagaimanapun, katanya masalah itu akan ditangani semasa sesi latihan.

Menurutnya beliau rasa lega dengan kehadiran semula pemain import, Ivan Fatic pada perlawanan Sabtu ini setelah selesai hukuman penggantungan satu perlawanan.

Katanya beliau masih memikirkan strategi di barisan pertahanan berikutan ketidakpastian Rames Lai Ban Huat dan Rony Harun yang masih dilanda kecederaan.
 
Back
Top
Log in Register