BTC USD 84,517.9 Gold USD 4,131.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Liga Premier 2015

Liga-M Musim 2016 Kekal Dengan 24 Pasukan

imageResize.ashx

Jumlah pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim 2016 kekal dengan 24 pasukan iaitu masing-masing 12 dalam Liga Super dan Liga Perdana walaupun pengelolaan liga itu diambil alih oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata jadual semasa liga itu agak ketat dan beliau tidak melihat pasukan tambahan akan menambah keceriaan dalam sukan bola sepak tempatan.

Pada Januari lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani perjanjian dengan syarikat hak media sukan, MP & Silva untuk membentuk FMLLP yang menjana keuntungan berjumlah RM1.26 bilion dalam tempoh 15 tahun.

"Saya melihat keghairahan dalam kalangan peminat untuk melihat lebih banyak pasukan mengambil bahagian khusus dalam Liga Super tetapi kita harus faham liga semasa adalah padat," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pengurus dan jurulatih berhubung penstrukturan semula Liga-M 2016 di bawah FMLLP, hari ini.

"Bagaimanapun, pada masa depan, sekiranya dapat susun kalender yang boleh menampung lebih banyak pasukan dalam satu liga tunggal, mungkin ia akan dipertimbangkan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah menjelaskan, hampir sebahagian besar wakil pasukan yang hadir pada taklimat berkenaan bersetuju dengan penstukturan baharu Liga-M di bawah FMLLP dalam usaha untuk memastikan liga berkenaan dapat diswastakan sepenuhnya menjelang 2016.

Beliau berkata badan induk itu turut bekerjasama rapat dengan pasukan kelab dan negeri dalam memastikan proses pelesenan dalam kalangan pasukan bertanding dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Perkara itu tidak akan berjalan serentak namun kita yakin akan mengambil masa selama beberapa tahun sebelum kelab (dan pasukan negeri) dapat memenuhi kriteria (ditetapkan) untuk proses pelesenan itu," kata Afandi.

Menerusi penstrukturan berkenaan, sebuah badan khas di bawah FMLLP yang dikenali sebagai Kongres Liga bertanggungjawab terhadap perjalanan Liga-M selain pelaksanaan polisi liga termasuk penggunaan pemain import bagi pasukan yang bertanding.

Tiga badan utama akan menjadi pemegang saham di bawah Kongres Liga iaitu pasukan Liga Super dan Perdana selaku rakan; FAM sebagai Rakan Pengurus manakala MP& Silva bertindak selaku Rakan Khas.
 
Football Association of Malaysia (Official)

KEMAS KINI: Jadual perlawanan ke-11, Liga Premier, Jumaat ini (19 Jun)

Negeri Sembilan lwn Sabah
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 10.00 mlm

DRB Hicom FC lwn JDT II
Stadium Hang Jebat, Melaka, 10.00 mlm

UiTM FC lwn Kedah
Stadium Perak, Ipoh, 10.00 mlm

KL SPA FC lwn Pulau Pinang
Stadium Bandaraya, P Pinang, 10.00 mlm

Kuantan FA lwn PKNS FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan, 10.00 mlm

Kuala Lumpur lwn T-Team
Stadium INSPEN, Bangi, 10.00 mlm
 
Football Association of Malaysia (Official)

11030830_804201779676588_7978160802617195259_n.jpg

Kedudukan & jadual perlawanan ke-12, Liga Premier 2015, hari ini:

Sabah lwn Negeri Sembilan
Stadium Likas, 9.15 mlm

T-Team lwn Kuala Lumpur
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 10.00 mlm

PKNS FC lwn Kuantan FA
Stadium Hang Jebat, Melaka, 10.00 mlm

Pulau Pinang lwn KL SPA Putrajaya FC
Stadium Bandaraya, 10.00 mlm

Kedah lwn UiTM FC
Stadium Darul Aman, 10.00 mlm

Johor Darul Ta'zim II lwn DRB HICOM FC
Stadium Pasir Gudang, 10.00 mlm
​
 
Football Association of Malaysia (Official)

Keputusan perlawanan ke-12, Liga Premier 2015, malam tadi:

Sabah (2) Negeri Sembilan (2)
T-Team (4) Kuala Lumpur (1)
PKNS FC (3) Kuantan FA (2)
Pulau Pinang (4) KL SPA Putrajaya FC (1)
Kedah (3) UiTM FC (1)
Johor Darul Ta'zim II (2) DRB HICOM FC (2)
 
imageResize.ashx

T-TEAM LEBAR PENGUASAAN

Wakil kelab Terengganu, T-Team meraih kemenangan kesembilan dalam saingan Liga Perdana musim ini setelah melakar kemenangan selesa 4-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini

Keputusan tersebut menyaksikan skuad 'The Titans' terus memimpin carta Liga Perdana dengan kutipan 29 mata, sekali gus meninggalkan pencabar terdekat Pulau Pinang dengan kelebihan empat mata selepas 12 perlawanan

Empat gol T-Team dijaringkan oleh Ahmad Takhiyuddin Roslan pada minit keempat, Farhod Tadjiev (21'), Mohd Norhakim Hassan (35') dan Josip Milardovic pada minit ke-52

Gol tunggal Kuala Lumpur dihasilkan oleh Modibo Konte pada minit ke-68 untuk melakarkan kekalahan ketujuh musim ini dengan hanya mengutip 11 mata

Pulau Pinang pula memintas kedudukan Sabah di tangga kedua liga setelah mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas SPA Putrajaya FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Empat gol skuad Harimau Kumbang dijaringkan oleh Elias Sulaiman pada minit ke-59, Mat Saiful Mohamad (69') sebelum penyerang import dari Brazil, Alberto Goncalves meledak dua jaringan iaitu menerusi sepakan penalti pada minit ke-87 dan jaringan kedua, selang dua minit kemudian

Gol tunggal pasukan pelawat disumbang oleh pemain import dari Rusia, Rodion Sergeyevich Dyachenko pada minit ke-79

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pasukan Kedah bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum mengalahkan UiTM FC 3-1

Raslam Khan Abd Rashid meletakkan UiTM FC di hadapan pada minit ke-36 sebelum skuad Helang Merah bangkit meledak tiga gol menerusi Mohd Syafiq Ahmad pada minit ke-51 dan 54' dan gol pemain tengah, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-62

Turut meraih tiga mata penuh adalah wakil kelab Lembah Klang, PKNS FC yang meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas juara Liga FAM 2014, Kuantan FA dari Pahang pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka

Tiga gol PKNS FC dijaringkan oleh P.Gunalan pada minit ke-48 selain dua jaringan pemain import dari Argentina, Gabriel Guerra pada minit ke-64 dan 67

Kuantan FA pula meraih gol menerusi Muhammad Razren Jesni pada minit ke-35 dan Muszaki Abu Bakar pada masa kecederaan separuh masa kedua perlawanan

Dalam pada itu, pertemuan Sabah dan Negeri Sembilan di Stadium Likas, Kota Kinabalu dan perlawanan Johor Darul Ta'zim II menentang DRB Hicom FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu masing-masing berakhir dengan keputusan seri 2-2
 
Football Association of Malaysia (Official)

Keputusan perlawanan ke-13, Liga Premier 2015, malam tadi:

Sabah (1) Kuala Lumpur (0)

T-Team (3) PKNS FC (1)

Negeri Sembilan (1) DRB HICOM FC (0)

Johor Darul Ta'zim II (1) UiTM FC (0)

KL SPA Putrajaya FC (1) Kedah (2)

Kuantan FA (1) Pulau Pinang (3)
 
Back
Top
Log in Register