BTC USD 84,611.2 Gold USD 4,141.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Liga Premier 2015

Bolasepak Malaysia

Kedudukan terkini Liga Premier Malaysia :

Sabah 2 - 0 Kuantan '89
JDT II 1 - 0 PKNS '60
NS Matrix 2 - 3 T-Team '52
Penang 2 - 2 Kedah '57

Tamat Perlawanan :

Kuala Lumpur 0 - 1 UiTM '90
SPA 0 - 4 DRB Hicom '90
 
10440823_807593692653291_6830517787270756763_n.jpg
 
imageResize.ashx

Sabah Lonjak Ke Persada Liga

Sabah melonjak ke persada Liga Perdana selepas kemenangan 2-0 ke atas pasukan Kuantan FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.
Penyerang import dari Libya, Eamon Zaayed menjadi wira pasukan Sabah apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-30 dan 59.

Sabah, yang menghuni tangga keempat sebelum perlawanan itu, kini menduduki tangga teratas liga dengan 12 mata, kelebihan satu mata dengan pencabar terdekat Pulau Pinang.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan kelab T-Team berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Negeri Sembilan dengan kemenangan 5-3.

T-Team mendahului 3-1 pada separuh masa.

Gol T-team dihasilkan oleh Mohd Nor Hakim pada minit keenam dan 60, Sadriddin Abdullaev (23' dan 74') dan Farhod Tadjiev pada minit ke-46.

Negeri Sembilan pula menjaringkan gol menerusi Francis Forkey Doe pada minit ke-26 dan 50 dan Shahrizal Saad pada minit ke-64.

Negeri Sembilan, yang menungguli persada liga sebelum ini, kini jatuh ke tangga keempat dengan 10 mata.

Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, pasukan tuan rumah kekal di tangga kedua liga dengan 11 mata selepas seri 3-3 dengan Kedah.

Pulau Pinang meraih jaringan menerusi Faiz Subri pada minit ke-38 dan dua gol oleh Hilton Mauro Moreira pada minit 46' dan 91'.

Kedah pula menghasilkan jaringan menerusi Bang Seung Hwan pada minit keempat dan 89' manakala Baddrol Bakhtiar menghasilkan gol pada minit ke-14.

Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pula mengekalkan kedudukan tangga ketiga liga selepas hanya mampu seri 2-2 dengan Selangor PKNS di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

JDT II menghasilkan jaringan menerusi pemaiN import Nicholas Delmonte pada minit ke-20 dan Shahril Ishak pada minit ke-73 sebelum PKNS bangkit untuk mengutip satu mata menerusi jaringan Gabriel Guerra pada minit ke-82 dan Farderin Kadir, enam minit kemudian.

Pada perlawanan sebelah petang, DRB-Hicom mencatat kemenangan bergaya dengan menewaskan SPA Putrajaya FC 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Pemain import DRB-Hicom, Ivan Babic bertindak cemerlang dengan dua jaringan pada mint ke-61 dan 71', Mohd Fakhrullah Rosli pada minit ke-42 dan Hasrul Abu Bakar pada minit ke-83.

Di Stadium Universiti Shah Alam (Uitm), pasukan tuan rumah meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur menerusi jaringan Syed Ariff Syed Muhd Uzir pada minit ke-39.
 
HarimauMalaya

11079353_10153247920927074_6596430372982045295_n.jpg

Sabah FA mahu terus terajui carta Liga Premier

Pasukan dari Negeri di Bawah Bayu , Sabah FA bakal berkunjung ke Kuala Terengganu pada 3 April ini untuk membuat perhitungan dengan pasukan tuan rumah T Team Fc dalam misi untuk terus berada di atas dalam carta liga. Sabah FA memulakan musim 2015 dengan cemerlang dengan menikmati 4 kemenangan daripada 5 perlawanan untuk memimpin liga dengan 12 mata manakala T Team Fc juga menunjukkan peningkatan permainan mereka dalam perlawanan liga dengan terkini mengejutkan salah satu pasukan pilihan , NS Matrix di Paroi untuk melonjak ke tangga 6 liga dengan 8 mata. Suatu pertembungan yang dijangka sengit dan menarik
​
 
Preview Liga Premier Jumaat ini (3 April)

- Sabah FA mahu kekal teraju liga
- Pulau Pinang FA mahu lebar rekod tanpa kalah
- JDT II mahu 3 mata dari stadium Bandaraya
- NS Matrix mahu bangkit
- DRB Hicom Fc idam terus daki carta
- T Team Fc mahu menang di Kuala Terengganu
- PKNS Fc mahu guna peluang di laman sendiri
- Kedah FA mahu bangkit di tempat lawan
- Uitm Fc idam keluar dari kelompok bawahan
- Kuala Lumpur FA sedia terima kunjungan Kedah FA
- Kuantan FA tekad 3 mata di Darul Makmur
- Spa Putrajaya Fc buru kemenangan pertama liga

Pastinya peminat2 Liga Premier dah tak sabar menantikan aksi pasukan2 kesayangan masing2 beraksi setelah berehat agak lama. 5 hari lagi perlawanan ke - 6 Liga Premier akan tiba. Teruskan menyokong pasukan kegemaran anda.
 
FAM ubah jadual Liga: beri laluan aksi Tottenham-Liverpool

11036916_1091077650921340_4720077310234511057_n.jpg

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa melakukan beberapa pindaan jadual perlawanan saingan Liga Super dan Liga Perdana bagi memberi laluan kepada kunjungan dua kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham dan Liverpool yang akan bertemu pasukan Pilihan Malaysia.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, perlawanan persahabatan antara Pilihan Malaysia bertemu Tottenham akan berlangsung pada 27 Mei ini manakala Pilihan Malaysia bertemu Liverpool, 24 Julai ini.

"Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah memutuskan bahawa beberapa pindaan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Perdana perlu dibuat bagi memberi laluan kepada pasukan Pilihan Malaysia menghadapi dua perlawanan berkenaan," kata Hamidin dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Jadual Liga Super yang terbabit ialah hari perlawanan ke-11 iaitu dari 30 Mei dipinda ke 27 Jun, hari perlawanan ke-15 dari 27 Jun diawalkan ke 23 Jun serta hari perlawanan ke-17 dari 25 Julai dipinda ke 5 Ogos.

Jadual Liga Perdana yang terbabit pula ialah hari perlawanan ke-11 iaitu dari 29 Mei dipinda ke 26 Jun, hari perlawanan ke-15 dari 26 Jun diawalkan ke 22 Jun serta hari perlawanan ke-17 dari 24 Julai dipinda ke 4 Ogos. - Berita Harian
 
Bolasepak Malaysia

SPA Putrajaya berjaya menyamakan kedudukan.

Kedudukan Terkini Liga Premier Malaysia pada waktu petang :
Kuala Lumpur 0 - 0 Kedah
PKNS 0 - 0 Negeri Sembilan
UiTM 1 - 1 SPA Putrajaya
 
Back
Top
Log in Register