BTC USD 81,835.4 Gold USD 4,088.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Liga Premier 2015

Undang-undang baharu FAM

Tanpa penyokong, tidak berseri kancah bola sepak. Sukan bola sepak menjadi sukan utama, sukan paling digemari, dan kegilaan kerana adanya penyokong. Penyokong pula mempunyai cara tersendiri dalam menghangatkan suasana. Atmosfera bola sepak menjadi semakin hangat kerana kemeriahan yang dirai dan dipersembahkan oleh para penyokong.

Kini penyokong juga mempunyai kelas-kelas tertentu. Ada sekadar memberi sokongan sambil menghisap rokok dan yang makan kuaci. Ada yang sanggup menconteng muka dengan watak-watak tertentu. Tidak ketinggalan ada yang menggelarkan diri mereka sebagai pemain kedua belas.

Sekalipun penyokong memainkan peranan penting dalam dunia bola sepak, namun tingkah laku mereka perlu dikawal supaya tiada berlaku perkara yang buruk.

Batang panji.

Sudah sekian lama para penyokong mempertahankan supaya dibenarkan panji dibawa masuk di dalam stadium. Panji yang dimaksudkan, adalah bendera-bendera yang diwarnakan mengikut warna pasukan kesayangan mereka dan juga tertulis kata-kata semangat buat para pemain. Tetapi usaha mereka sering kali digagalkan dengan alasan panji yang dibawa boleh mendatangkan masalah seperti digunakan untuk bergaduh dan sebagainya.

Walaubagaimana pun baru-baru ini, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mula membuka mata dan mula menerima alasan yang diberikan supaya panji mereka boleh berkibar megah di dalam stadium. Justeru itu FAM telah mengubal pekeliling baru untuk memenuhi kehendak para penuokong. Walaubagaimanapun terdapat beberapa pra syarat yang perlu dipatuhi dan mengambil langkah keselamatan yang rapi.

Diantara pra syarat yang tertulis di dalam pekeliling terbaru adalah seperti,

1. Tiang tersebut mestilah dalam keadaan baik, tidak keras, diikat dengan bendera dan tidak berpotensi mendatangkan kecederaan. Selain itu, tiang juga mesti diikat dengan bendera.

2. Bendera yang ingin dibawa pula hanyalah bendera Malaysia, negeri dan logo-logo kelab atau jolokan pasukan. Sebagai contoh, Pahang sinonim dengan Tok Gajah maka bendera yang melambangkan mana-mana pasukan dibenarkan.

3. Bendera berunsur negatif dan provokasi tidak dibenarkan dibawa masuk ke stadium termasuklah mana-mana bendera parti politik.

Tindakan daripada FAM perlu dipatuhi malah FAM sendiri perlu melaksanakan undang-undang yang digubal. Aspek-aspek keselamatan yang lain perlu diperkemas dan dikaji bagi meningkatkan tahap keselamatan di stadium.

Jadikan stadium sebagai tempat selamat. Kita datang untuk memberi sokongan, jangan kita kotorkan dengan tindakan yang memalukan.

Teks: Zaim Aiman / www.gawang.my
 
11034227_10153195690327074_6324298909540437966_n.jpg
 
HarimauMalaya

18329_10153204902272074_2623837950759797702_n.jpg

Sabah Mahu 3 Mata di Laman Sendiri

Beraksi di hadapan penyokong2 sendiri di Stadium Likas , skuad SabahRhinos berazam mahu memungut 3 mata penuh apabila dijadualkan bertemu pasukan di tangga tercorot , Spa Putrajaya Fc esok dalam perlawanan ke - 4 saingan Liga Premier Malaysia 2015 .Sabah FA pastinya mahu melakukan kebangkitan setelah ditunjukkan jalan keluar dalam saingan Piala FA baru2 ini.Justin Ganai sudah pasti mempunyai resepi tersendiri untuk merealisasikan impian skuad SabahRhinos mencipta kemenangan sekaligus terus bersaing di kelompok atas Liga Premier.

Kredit foto : Bola Sepak Sabah
​
 
imageResize.ashx

Pertahanan T-Team Tekad Sekat Kemaraan JDT II

Pemain pertahanan pasukan T-Team, Md Hassan Basri Ahmad Ridzuan bertekad menyekat jentera serangan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.
Beliau berkata kemenangan dalam pertembungan menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa kempen Piala FA minggu lalu menjadi penyuntik semangat kepada pasukan bagi terus mencatatkan kemenangan.

"Ini adalah azam kami di mana kita ingin melakar kemenangan sulung dalam Liga Perdana, sekali gus mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

"Kita akui pasukan JDT II merupakan sebuah pasukan yang kuat tetapi ia tidak melemahkan semangat pemain untuk mempamerkan aksi terbaik dan menumpaskan pasukan lawan," katanya kepada pemberita selepas majlis penajaan Kopi Super Jantan yang merupakan salah satu penaja bagi pasukan T-Team.

Md Hassan berkata benteng pertahanan T-Team juga kelihatan semakin serasi di bawah kendalian ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner.

Jelasnya, barisan pemain perlu memberi tumpuan ketika waktu perlawanan kelak agar tidak melakukan kesilapan mudah hingga memberi ruang kepada pasukan lawan mencipta jaringan.

Mengulas mengenai gandingan bersama kapten pasukan yang merupakan pemain import, Faramola David Oniya, beliau mengakui ia banyak mendewasakan permainan di atas padang.

"Dia (Oniya) bukan sahaja bertindak sebagai kapten pasukan tetapi banyak memberi tunjuk ajar kepada para pemain dan tidak teragak-agak untuk mencurahkan ilmu kepada para pemain serta bertindak tegas semasa permainan," katanya.
 
HarimauMalaya

Senarai penjaring terbanyak Liga Malaysia selepas empat perlawanan:

Liga Perdana
6 gol: Francis Forkey Doe (NS Matrix)
5 gol: Shafiq Shaharudin (JDT II)
4 gol: Leandro Velazquez (JDT II)
3 gol: Shahril Ishak (JDT II), Keith Nah (Kedah), El Hadji Diouf (Sabah), Michael Chukwubunna (KL SPA)
 
Kedudukan terkini Liga Premier Malaysia :

Sabah 2 - 0 Kuantan '80
JDT II 1 - 0 PKNS '51
NS Matrix 1 - 2 T-Team '45
Penang 2 - 2 Kedah '48

Tamat Perlawanan :

Kuala Lumpur 0 - 1 UiTM '90
SPA 0 - 4 DRB Hicom '90
 
Back
Top
Log in Register