RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi, cuba untuk memulakan fasa baharu dalam hidupnya setelah bercerai suaminya dan keluar janji temu dengan seorang pakar bedah, Aiman Yusuf yang telah kematian isterinya. Namun, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka setelah bertemu. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang dalam keadaan tidak sihat untuk pulang dengan selamat.
Siapa yang bercakap benar? ‘Liar' menyaksikan penipuan yang boleh memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.
Liar ialah terbitan bersama Astro Shaw dan Double Vision dengan kerjasama All3Media International. Ia diadaptasi dari siri drama TV United Kingdom 2017 bertajuk sama terbitan Two Brothers Pictures dan disiarkan di ITV dan Sundance TV. Malaysia ialah negara keenam yang memperoleh hak untuk penerbitan semula drama ini selepas Itali, Sepanyol, Jerman, Perancis dan Turki. Untuk versi Malaysia, ia diberikan sedikit pengubahsuaian untuk mengikut acuan adat dan budaya tempatan.