BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LHDN terima 2.89 juta borang e-filing

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

BANGI 26 Mei - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 2.89 juta borang nyata cukai pendapatan pelbagai kategori melalui e-Filing setakat 15 Mei lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar.

Angka itu merupakan peningkatan sebanyak 9.73 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 2.61 juta, katanya dalam sidang media selepas Majlis Konvokesyen Ketiga Akademi Percukaian di sini hari ini.

"Dari angka 2.89 juta itu, penerimaan Borang BE Tahun Taksiran 2014 melalui e-Filing pula sebanyak 2.32 juta di mana terdapat peningkatan 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2014 iaitu 2.19 juta," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 124,728 pembayar cukai memilih Potongan Cukai Bulanan (PCB) sebagai cukai muktamad mereka dengan amaun RM534.64 juta setakat 15 Mei.

Katanya, pada tahun ini LHDN melaksanakan polisi menetapkan PCB sebagai cukai muktamad bagi pembayar cukai individu yang layak.

"Ini dimana sekiranya mereka berpuas hati dengan amaun PCB mereka adalah sama dengan amaun cukai yang dikira, mereka boleh memilih untuk tidak perlu menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan mereka," katanya.

Sebanyak 328 orang menerima Diploma Lanjutan Percukaian Profesional dan 28 orang menerima Sijil Certified Tax Investigation Programme (CTIP) pada majlis berkenaan.- BERNAMA
 
berapa pcb sekarang kene potong ea konfius aku
 
refund dah dpt dan dah habis dilaburkan :)
 
Back
Top
Log in Register