BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News LG Umum Laptop 17" Teringan Di Dunia Dengan GPU RTX

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Era komputer riba gaming yang tebal dan berat mungkin bakal berakhir tidak lama lagi. Ia selepas LG mengumumkan bahawa mereka akan perkenalkan model komputer riba 17 inci paling ringan di dunia di pameran teknologi CES 2026 yang akan berlangsung dari 6 hingga 9 Januari 2026 di Las Vegas. Menerusi model LG gram Pro 17 (17Z90UR*), ia direka menggunakan bahan inovatif Aerominum yang menawarkan ketahanan setaraf standard tentera tetapi tetap mengekalkan mobiliti maksimum. Walaupun bersaiz 17 inci, reka bentuknya sepadan dengan laptop 16 inci, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja tanpa kompromi pada prestasi. Walau bagaimanapun, berat komputer riba ini tidak didedahkan lagi yang mungkin hanya akan didedahkan semasa acara CES 2026 nanti.
1767359186931.png

LG gram Pro 17 dilengkapi paparan LCD WQXGA (2,560 x 1,600) LCD di mana kuasa grafknya dikuasakan oleh NVIDIA GeForce RTX 5050 GPU dengan memori 8GB GDDR7, yang menangani tugasan grafik intensif, seperti permainan moden dengan lancar. Selain itu, LG turut akan menampilkan model lain dalam barisan komputer riba LG gram iaitu LG gram Pro 16 (16Z90U), komputer riba ultra mudah alih yang menetapkan penanda aras baharu sebagai laptop 16 inci paling ringan dalam kelasnya. Ia dilengkapi paparan OLED 16 inci WQXGA+ (2,880 x 1,800) yang menawarkan visual tajam, kontras tinggi dan pengalaman imersif untuk tugasan kerja serta kreatif. LG menegaskan bahawa LG gram 2026 mewakili satu pencapaian baharu dalam usaha mereka untuk mencapai tahap mudah alih​
 
Back
Top
Log in Register