BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Levi's jean biru pertama dunia

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


"SESIAPA sahaja boleh hasilkan jean biru, tetapi Levi Strauss & Co telah mencipta jean biru pertama pada 1873." Itu adalah moto yang digunakan jenama Levi's sejak dari dahulu lagi.

Jenama Levi's dikenali sebagai lambang gaya Amerika Syarikat yang klasik dan unggul, sejak ia dicipta oleh Levi Strauss pada 1873.

Levi Strauss, anak bongsu daripada tujuh beradik idilahirkan di Buttenheim, Bavaria pada 26 Februari 1829.

Strauss adalah anak kepada pasangan Hirsch Strauss dan Rebecca Haas Strauss.

Dua tahun selepas ayahnya meninggal dunia akibat batuk kering pada 1846, Strauss dan kakaknya berhijrah ke New York dan tinggal bersama abang mereka.

Ketika itu, abang Strauss menjalankan perniagaan makanan kering iaitu J Strauss Brother & Co.

Strauss mengambil peluang belajar cara abangnya berniaga dan mengambil keputusan berpindah ke San Franciso pada 1953.

Perniagaan seluar jean Levi's bermula sekitar 1872, apabila Strauss menerima sepucuk surat daripada pelanggannya, Jacob Davis yang juga merupakan seorang tukang jahit.

Di dalam surat itu, Davis beritahu Strauss cara unik membuat seluar menggunakan paku ****** agar lebih tahan lama.

Davis menyatakan hasrat menghasilkan seluar itu dan mahu idea dipatenkan, tetapi perlukan rakan perniagaan.

Selepas membaca surat itu, Strauss teruja dan akhirnya seluar jean biru pertama dipatenkan di atas nama mereka berdua pada 20 Mei 1873 menerusi syarikat Levi Strauss & Company.

Strauss meninggal dunia pada 26 September 1902 dan meninggalkan harga bernilai hampir ASD6 juta (RM25.28 juta), yang mana sebahagian besarnya diserahkan kepada empat anak saudaranya dan ahli keluarga yang lain serta turut disumbangkan kepada dana tempatan dan persatuan.
 
"Di dalam surat itu, Davis beritahu Strauss cara unik membuat seluar menggunakan paku ****** agar lebih tahan lama."

Paku apakah itu???
 
takkan tt pun nk rahsia jg....
 
mythbuster kena buat ni. betol ke xkoyak jeans tu kena tarik kuda
 
paku dulang paku serpih ngata org dia yg lebih
 
Back
Top
Log in Register