BTC USD 83,391.7 Gold USD 4,101.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letupkan!!! kata Najib

najib tak letupkan..dia nanti arah polis la gi letupkan muara sungai tu...letupan akan dibuat malam2, jangan bagi sape2 tgk :D
 
gila punya keje.
patut selidik dulu pasai aper air banjir naik.
ada tersumbat ker,salah buat projek ker.
ni nak main letup jer
,,
memang KAKI LETUP lah dia nie.
nanti ekosistem lari,dia letup saper la pulak..
wakakaka



Betul, betul tu...dah habis kaji ker...
Aku risau...air laut pulak yang masuk melimpah-limpah...:o
 
mcm ni la kawan2.... sungai ciptaan Allah s.w.t... dah elok dia ngalir... tp nape jadi gitu kena kaji la... nak pi letupkan wat per... hakisan muara lg terjadi... banyak hidupan yg mendiami muara tu.... betol la org u*** mcm dia x da otak.... dikejarkan pembangunan yang muara sungai lak ko nak pi letupkan.... dada ko tuh pi letupkan.... " kita khalifah.. nak makmurkan muka bumi.... bukan sebaliknya" wa'allahualam....
 
dah main LETUP LETUP nampaknye.. agaknye bom dah banyak sangat tak diguna kot.. ape2 pun buat lah yg terbaik..:D
 
:eek:
Letupkan muara Sungai Pahang untuk alir air banjir ke laut :)) :)) :)) :)) ~X(

PEKAN 13 Dis — Bagi mengatasi masalah banjir yang semakin buruk di Pekan, Pahang, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, muara Sungai Pahang di Kampung Tanjung Agas perlu diletupkan untuk membolehkan air mengalir keluar ke laut.

Katanya, muara Sungai Pahang di kampung terbabit telah menghalang pengaliran air dan ia kini hampir bercantum dengan kampung berdekatan iaitu Kampung Pulau Syed Hassan.

Najib, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, langkah sedemikian pernah dilakukan pada 1971 ketika banjir besar melanda Pekan.

“Muara Sungai Pahang di Kampung Tanjung Agas telah menghalang laluan air ke laut jadi kita minta Angkatan Tentera Malaysia mengkaji kemungkinan meletupkan muara sungai terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan bantuan kepada 200 mangsa banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan di sini hari ini.

Najib, yang juga Menteri Pertahanan berkata, Kementerian Pertahanan akan menambah sebuah lagi helikopter khusus untuk kerja penghantaran bekalan makanan ke kawasan yang terjejas di Pekan. Pada masa ini, tiga helikopter digunakan untuk tujuan itu.

Selain itu katanya, enam buah bot akan ditambah untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir di Pekan.

Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk petang ini dengan sejumlah 22,143 mangsa di seluruh negeri, termasuk seramai 4,245 di Pekan, dipindahkan.

Najib berkata, banjir di Pekan pada tahun ini menyamai malahan mungkin lebih buruk berbanding banjir pada 1971.

“Walaupun sekarang tiada masalah logistik dan sebagainya, namun apa yang lebih penting kita mahu pastikan adalah tiada kelompok masyarakat tertentu seperti Orang Asli dan pekerja ladang terjejas dengan bencana ini seperti tidak dapat keperluan makanan dan lain-lain,” katanya.

Najib kemudiannya meninjau keadaan banjir di sekitar Rompin dengan menaiki helikopter Dolphin milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebelum singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan Leban Chondong, Rompin untuk melawat dan memberi bantuan kepada 201 mangsa banjir di situ.

Seramai 3,424 orang daripada 633 ditempatkan di 23 pusat pemindahan di seluruh Rompin.- Bernama



***************************************************************

Ini olang sudah ketagih wooooooooooooooo...........
PM & TPM sama sama biol..sorg suruh lurus sungai sorg suruh letup sungai
 
letup sungai tu logik la jugak...tapi luruskan sungai yg tak tahan tu wakakkakaka
 
letup sungai tu logik la jugak...tapi luruskan sungai yg tak tahan tu wakakkakaka

letup pun letup laa asalkan ikan2 kat situ dah dialihkan dulu...ada berani?? setiap organisma yg ada tu adalah makhluk ALLAH, jgn seksa mereka...

:-w :-w :-w
 
Back
Top
Log in Register