DDos
Legendary Member

- Messages
- 14,106
- Joined
- Nov 7, 2007
- Messages
- 14,106
- Reaction score
- 690
- Points
- 166
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


gila punya keje.
patut selidik dulu pasai aper air banjir naik.
ada tersumbat ker,salah buat projek ker.
ni nak main letup jer,,
memang KAKI LETUP lah dia nie.
nanti ekosistem lari,dia letup saper la pulak..
wakakaka
PM & TPM sama sama biol..sorg suruh lurus sungai sorg suruh letup sungaiLetupkan muara Sungai Pahang untuk alir air banjir ke laut)
)
)
) ~X(
PEKAN 13 Dis — Bagi mengatasi masalah banjir yang semakin buruk di Pekan, Pahang, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, muara Sungai Pahang di Kampung Tanjung Agas perlu diletupkan untuk membolehkan air mengalir keluar ke laut.
Katanya, muara Sungai Pahang di kampung terbabit telah menghalang pengaliran air dan ia kini hampir bercantum dengan kampung berdekatan iaitu Kampung Pulau Syed Hassan.
Najib, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, langkah sedemikian pernah dilakukan pada 1971 ketika banjir besar melanda Pekan.
“Muara Sungai Pahang di Kampung Tanjung Agas telah menghalang laluan air ke laut jadi kita minta Angkatan Tentera Malaysia mengkaji kemungkinan meletupkan muara sungai terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan bantuan kepada 200 mangsa banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan di sini hari ini.
Najib, yang juga Menteri Pertahanan berkata, Kementerian Pertahanan akan menambah sebuah lagi helikopter khusus untuk kerja penghantaran bekalan makanan ke kawasan yang terjejas di Pekan. Pada masa ini, tiga helikopter digunakan untuk tujuan itu.
Selain itu katanya, enam buah bot akan ditambah untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir di Pekan.
Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk petang ini dengan sejumlah 22,143 mangsa di seluruh negeri, termasuk seramai 4,245 di Pekan, dipindahkan.
Najib berkata, banjir di Pekan pada tahun ini menyamai malahan mungkin lebih buruk berbanding banjir pada 1971.
“Walaupun sekarang tiada masalah logistik dan sebagainya, namun apa yang lebih penting kita mahu pastikan adalah tiada kelompok masyarakat tertentu seperti Orang Asli dan pekerja ladang terjejas dengan bencana ini seperti tidak dapat keperluan makanan dan lain-lain,” katanya.
Najib kemudiannya meninjau keadaan banjir di sekitar Rompin dengan menaiki helikopter Dolphin milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebelum singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan Leban Chondong, Rompin untuk melawat dan memberi bantuan kepada 201 mangsa banjir di situ.
Seramai 3,424 orang daripada 633 ditempatkan di 23 pusat pemindahan di seluruh Rompin.- Bernama
***************************************************************
Ini olang sudah ketagih wooooooooooooooo...........

letup sungai tu logik la jugak...tapi luruskan sungai yg tak tahan tu wakakkakaka

letup sungai tu logik la jugak...tapi luruskan sungai yg tak tahan tu wakakkakaka

HEHEHEHEH.... MAcam biasa buat jer keje letup meletupkan si Najib ni....)