BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letupan dahsyat angkara bunyi misteri dari langit?

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
3271656.webp

Penduduk gempar dengan kejadian letupan dahsyat yang membinasakan tiga buah rumah manakala empat lagi dilaporkan cedera parah. - Foto Agensi

PAMULANG - Penduduk gempar dengan kejadian letupan dahsyat yang membinasakan tiga buah rumah manakala empat lagi dilaporkan cedera parah.

Insiden itu berlaku di permukiman Jalan Talas II, Pondok Cabe Ilir, Pamulang, Tangerang Selatan (Tangsel), wilayah Banten di Indonesia ketika waktu subuh pada Jumaat.

Saksi dikenali sebagai Fatma, 60, memberitahu dia turut berasa impak seperti gegaran.

"Saya cuba mencari puncanya setelah terkejut melihat keadaan rumah jiran tetangga yang sudah runtuh," ujarnya.

Menurutnya, tiada api terhasil yang mungkin disebabkan letupan dapur gas atau tong gas.

"Bunyi itu dari atas. Semua jiran mendengar bunyi misteri dari langit," menurutnya lagi.

Kesemua mangsa kini dirawat di Rumah Sakit Hermina, Ciputat dan salah seorang daripadanya mengalami kesan luka terbakar.

Difahamkan, letupan kuat itu turut kedengaran sejauh tiga kilometer dari lokasi berkenaan.

"Bunyinya dapat didengari hingga ke Legoso," kata Tohir, 59. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register