BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letupan Bom Selatan Thailand, Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa - KP Kelantan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Letupan Bom Selatan Thailand, Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa - KP Kelantan​

672e03570415d192fcca432065174f126a85425fb1c1b

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa dalam siri pengeboman dan insiden keganasan yang berlaku serentak di tiga wilayah Selatan Thailand malam tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat yang mengesahkan perkara itu berkata susulan kejadian berkenaan, rakyat Malaysia diminta berhati-hati dan menangguhkan perjalanan ke kawasan terbabit, terutama jika tiada urusan penting.

“Nasihat ini bukan perkara baharu dan telah beberapa kali disampaikan kepada rakyat Malaysia yang merancang melakukan perjalanan ke Selatan Thailand,” katanya pada sidang media pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Beliau berkata nasihat sama turut diberikan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi Ducati Malaysia yang berada di Kelantan dan merancang memasuki Thailand hari ini, termasuk ke Hat Yai.

“Saya nasihatkan mereka untuk tidak masuk ke Hat Yai kerana berlaku 51 insiden malam tadi, di tiga wilayah Selatan Thailand," katanya.

Mohd Yusoff berkata rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke negara jiran perlu mengambil kira perkembangan keselamatan semasa dan sentiasa berhati-hati sepanjang berada di sana.

Beliau berkata pendirian berkenaan selaras dengan nasihat Kementerian Luar Negeri yang tidak menghalang rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke Thailand, namun meminta mereka supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Isu di Selatan Thailand ini hari-hari ada. Cuma semalam itu teruklah. Kita tidak mahu rakyat kita terkesan daripada punca-punca macam pengeboman ini,” katanya.

Hari ini, Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) Thailand dalam kenyataan memaklumkan pihak berkuasa negara itu, akan terus memantau keadaan dengan mengarahkan semua unit menyegerakan siasatan dan langkah keselamatan demi melindungi orang ramai serta memulihkan keadaan secepat mungkin.

 
Back
Top
Log in Register