BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lesen Memancing Mulai Tahun 2015

TengkuHaadi

Active+ Member
Messages
4,628
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,628
Reaction score
593
Points
81
Peraturan baru pemancing wajib ada lesen memancing mulai tahun 2015 . Menerusi kenyataan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia , peraturan baharu pelaksanaan lesen memancing dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2015.

Difahamkan , tujuan utama lesen memancing dilaksanakan adalah untuk mengawal populasi ikan serta mengelakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pengeboman ikan . Pada masa yang sama , individu yang tidak memiliki lesen memancing boleh dikenakan denda RM 500 bagi kesalahan pertama , kedua dan ketiga manakala boleh dibawa ke Makhamah jika melakukan kesalahan buat kali ke empat .

Menurut Jabatan Perikanan lagi, kajian ini telah dilakukan selama 12 tahun dan dijangka akan diwartakan pada 2015 setelah mendapat kelulusan dari Lembaga perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.

Kesalahan Denda Tanpa Lesen Memancing
Mulai Tahun 2015


Objektif Utama Peraturan Lesen Memancing
Mulai Tahun 2015


Perlesenan sukan memancing adalah salah satu
usaha untuk membangunkan sumber perikanan dan menaik taraf sukan rekreasi memancing di
lautan.

Selain mengelakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang , perlesenan memancing ini juga dapat memastikan populasi sesetengah spesis ikan dapat dikawal.

Harga Lesen Memancing Mulai Tahun 2015

Yuran yang dicadangkan dalam perlaksanaan perlesenan ini ialah RM 10/ tahun seorang dan setiap pemancing akan dibekalkan satu buku log bagi mengumpulkan maklumat hasil dan tangkapan ikan di lautan .

Pekeliling Cadangan Lesen Memancing Oleh
Jabatan Perikanan Malaysia


Difahamkan , peraturan lesen memancing oleh
Jabatan Perikanan telah diwartakan sejak 27
November 2014 dan dijangka akan dibentangkan pada tahun 2015 untuk mendapat kelulusan sebelum ianya dikuatkuasakan diseluruh negara .

Taklimat mengenai peraturan baru pelesenan
memancing 2015 juga telah dimaklumkan kepada persatuan pemancing di setiap negeri .

P/s Encik, mintak lesen.

10863677_386507468191165_1911955765_n.jpg
 
Last edited:
lepas ni buat lesen pejalan kaki pulak, kalau berjalan tanpa lesen kena saman
 
Wahaha bestnye...
Meningkat sokongan kerajaan ni :D
 
ni mancing laut je kan
 
1 comment enough to describe all of this succkerrss... "aler uto". :)
 
lepas ni ramai ler kena saman terutama di pertandingan memancing
 
Lesen org bowdoh xde ke.. kompom lagi untung..
 
lepas ni.. kumpul setem pun kene lesen la.. tekan cukup2 sebelum jatuh nampak..
 
makin pelik undang2 skrg ni ...
 
nak implement tp xjelas sape yg ptot amik lesen ni

dah xpasal yg mancing kt kolam pun dikait sekali

sudahnye merata dpt kutuk je
 
Back
Top
Log in Register