BTC USD 84,419.2 Gold USD 4,295.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ Lesen Guru ~

Sokong ke Tak Sokong diwujudkan 'Lesen Guru'


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
peperiksaan dan assignment spanjng di maktab/universiti tu apa? bukankah itu prasyarat utk dpt diploma/ijazah ---> lesen dah tu. hampeh tul pak timb menteri tu....cakap ikut sedap mulut je!
 
Lesen guru tak praktikal

Oleh Rohaniza Idris dan Mohd Azis Ngah
[email protected]
2010/05/23

Syarat tidak sesuai untuk pendidikan percuma: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Syarat wajib lesen perguruan untuk guru mengajar di negara ini tidak praktikal dilaksanakan kerana kerajaan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang Menteri Pelajaran, berkata buat masa ini, kerajaan belum mahu melaksanakan syarat lesen perguruan itu kerana ia bukan langkah yang sesuai.
Katanya, syarat lesen perguruan hanya dicadangkan guru dan guru besar yang berbincang dengan kementerian sebelum ini.

“Soal pelesenan guru tidak berbangkit dan saya berpendapat ia tidak praktikal dilaksanakan di negara ini. Buat masa ini lesen hanya untuk penubuhan sekolah swasta, untuk guru kita tidak fikir ia sesuai.

“Pada masa ini, kita fikir ia hanya satu pandangan,” katanya selepas majlis Hari Keluarga Parlimen Setiawangsa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi kelmarin bahawa kementerian itu sedang menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.
Mohd Puad berkata, lesen perguruan itu dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masa Malaysia menimbangkannya secara serius.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata, guru dan guru besar pada perbincangan dengan kementerian mengemukakan perkara itu kerana mereka mahu menekankan soal kualiti guru yang mengajar.

Katanya, kementerian sudah mempunyai penilaian tersendiri yang digunakan untuk meneliti dan mengukur kedudukan guru.

“Kalau tidak begitu baik, mereka dihantar menyertai kursus. Banyak negara lain, ada buat sistem begitu (pelesenan) tetapi di sini pendidikan percuma,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, sambutan masyarakat dan sektor swasta terhadap pengumuman bantuan kerajaan termasuk geran pelancaran RM10,000 selain latihan kepada bakal guru pendidikan prasekolah sangat menggalakkan.

“Pendidikan prasekolah sangat penting termasuk kawasan seperti di PPR. Jika ada permohonan dari kawasan seperti ini, kita boleh bantu mereka, yang penting ada permohonan daripada masyarakat,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan membuat pengumuman akan membantu sektor swasta untuk melaksanakan pendidikan prasekolah, namun bantuan itu hanya akan diberikan jika mematuhi kurikulum Kementerian Pelajaran.
 
sijil amalan perguruan menurut cadangan awal adalah untuk guru besar dan pengetua sahaja...bagus gak diorang ni sibuk dengan management jadi boleh refresh pasal ilmu perguruan semula... memang tidak praktikal untuk disyaratkan kepada semua guru yang dianggarkan hampir 400k...
sijil itu juga sesuai untuk guru2 di sektor swasta tempoh sah laku boleh dipanjangkan sampai 2tahun ker.. kalau dekat kanada guru swasta disyaratkan untuk mengambil sijil amalan perguruan.. pada aku setuju la sebab pelajar(parent dia la tu) dah bayar untuk belajar jadi kita pastikan guru2 yang mengajar adalah mempunyai nilai2 tamabah seperti sijil amalan tu...
 
tupun fuad zarkashi nak tiru stail canada le kononnya. blom apa2 dah riuh situ sini. patutnya bincang dlu dgn ts muhyiddin selaku menteri pelajaran.
 
pak muhyiddin....!
gimana citer ni....dah setel ke blom?
sengap jeeeeeeee......
 
nak lesenkan guru2 nih boleh..syarat dia ikut sub masing2..cikgu math ajar math..cikgu agama ajar agama..cik BM ajar BM sahaja...cikgu sukan jaga bahagian sukan..cikgu data jaga bahagian data..kalu cikgu BM tuh cuti bersalin katakan..kene la cari cikgu yang ada pengkhususan BM juga ajar BM (nak pinjam dari sekolah lain pun buleh..tapi ada la bayaran sebab pinjam guru :)) )..tak macam skang..mengajar disekolah tak ikut pengkhususan..ikut keperluan..ada member..cikgu pengkhususan math..ajar english+seni.. :))..

fuad oh fuad..
 
Back
Top
Log in Register