BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Lepas hajat' dalam semak

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
Jeti bot ekspres Kuala Baram masih tiada tandas selepas 4 tahun beroperasi

MIRI: Tiada pilihan selain terpaksa membuang air kecil dan air besar di dalam semak di tepi Sungai Baram. Itulah yang berlaku akibat tiada tandas awam dekat jeti bot ekspres Kuala Baram dekat Jambatan Asean di sini.

Tidak hairan bila ada yang ‘menunaikan hajat’ di situ, menyebabkan kawasan berkenaan berbau busuk, selain dikerumuni lalat. Semuanya gara-gara tiada tandas awam disediakan untuk kemudahan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan bot ekspres di kawasan hulu sungai kedua terpanjang di Sarawak itu.

Selain tandas, jeti penumpang bot ekspres itu tidak mempunyai kemudahan tong sampah, gerai makanan dan pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas, melainkan teksi yang mengenakan kadar bayaran yang tinggi.

Situasi itu berbeza dengan kemudahan yang disediakan kepada pengguna perkhidmatan bot ekspres di jeti lama di kawasan hilir apabila ada kemudahan asas seperti tandas awam, tong sampah, gerai makanan dan perkhidmatan bas.

Seorang penduduk Marudi yang masih kerap menggunakan perkhidmatan bot ekspres di situ, Sermun Jani, 45, berkata, ketiadaan tandas awam begitu menyukarkan penumpang yang menunggu bot ekspres dan juga pengusaha bot ekspres di jeti itu.
“Bagi lelaki mungkin tidak jadi masalah, kerana mereka boleh buang air kecil di kawasan semak. Tetapi bagi wanita perkara ini agak sukar.

“Jika dapat dielakkan mereka (wanita) akan cuba elakkan atau terpaksa pergi ke tandas yang agak jauh dari jeti berkenaan. Nak tak nak buang air besar atau kecil dalam semak,” katanya kepada Berita Harian.

Sermun berkata, kemudahan asas itu sepatutnya disediakan di jeti berkenaan selepas ia dipindahkan ke kawasan baru.

Sekarang sudah lebih empat tahun, katanya, jeti berkenaan beroperasi tetapi masih tidak ada kemudahan asas disediakan melainkan pondok untuk menunggu dan berteduh daripada hujan dan panas.

Malah katanya, sampah juga dibuang di merata tempat di sekitar jeti berkenaan oleh orang ramai menyebabkan pemandangannya begitu menjijikkan dengan botol minuman, bekas plastik dan pelbagai sampah yang dibuang di tepi jeti dan sungai.

Jali Utang, 43, berkata jeti berkenaan sepatutnya mempunyai kemudahan asas kerana ribuan penduduk di kawasan hulu sungai masih menggunakan perkhidmatan pengangkutan air berkenaan.

“Sekarang jeti ini seolah-olah diabaikan. Sedangkan ia begitu penting kepada penduduk di hulu Sungai Baram yang masih bergantung kepada perkhidmatan itu,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan tiada kemudahan perkhidmatan bas orang ramai terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi yang mengenakan caj tinggi antara RM20 hingga RM50 bagi perjalanan sehala ke bandar raya Miri.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian mendapati keadaan jeti itu kelihatan terbiar kerana tidak diurus dengan baik, malah, kebanyakan kerusi yang disediakan untuk penumpang di situ sudah rosak.

Perkhidmatan bot ekspres di Kuala Baram adalah antara pengangkutan air tertua di Sarawak selain perkhidmatan serupa di Sungai Rejang, wilayah tengah Sarawak.

Bagaimanapun, ketika ini perkhidmatan itu semakin kurung popular digunakan kerana kebanyakan kampung di kawasan Baram sudah ada laluan darat.
 
xpenah taw lak...

ish2...

nape la xsdiakn toilet sgla.....
 
aku ingatkan bromen td:))
 
tajuk da wat sume nk msuk je thread ni...........
 
ooo korang..aduan rakyat korang tamau dgr..nk rembes jer :eek:
 
erk... akan pastikan kalu en hubby g sarawak out station takkan g jejalan intai2 kat semak2 dedekat jeti tu

ehehe
 
Last edited:
xpenah smpai g srwk....

huhuhuhuhuhu
 
Zaman dah berubah dan Dunia dah maju tp masih juga ada pihak yg tak prihatin ttg keperluan umum. Ni minda kelas berapa ni????
 
Back
Top
Log in Register