BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lembu korban tetap laris

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
lembuu_1623646775.jpg

Mohd Amirul Ibrahim, dari Kampung Che Hem, Bukit Tunggal bersama lembu baka belgian blue yang dijual RM25,000 seekor. NSTP/Ahmad Rabiul Zulkifli

KUALA TERENGGANU: Walaupun ketetapan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ibadah korban di kebanyakan negeri belum ditetapkan, jualan lembu tetap laris seperti biasa.


Selain lembu kampung, pelbagai jenis lembu baka sado seperti charolais, limosin, blonde dan belgian blue turut banyak terjual untuk ibadah korban itu.


Penternak, Mohd Amirul Ibrahim, 35, dari Kampung Che Hem, Bukit Tunggal, berkata dia menjual 70 ekor lembu kampung untuk ibadah korban pada tahun ini.


"Terbaru saya baru sahaja menjual lembu baka belgian blue seberat 1,200 kilogram (kg) dengan harga RM25,000 seekor.

"Sebelum itu, dua ekor lembu baka charolais seberat lebih 1,000 kg dengan harga RM40,000 sudah dijual untuk tujuan sama," katanya ketika ditemui di kandang lembunya, di sini, hari ini.


Mohd Amirul berkata, lembu korban berharga RM4,000 hingga RM5,000 seekor tertakluk kepada saiz terjual ke seluruh negeri termasuk di negeri yang masih tidak menetapkan kelulusan dan SOP ibadah korban pada tahun ini.


"Selepas Ramadan, lebih 30 ekor lembu korban sudah dihantar ke Selangor dan Melaka.


"Sementara 40 ekor lembu korban lagi dijual di seluruh daerah di negeri ini," katanya yang berharap ibadah korban boleh dijalankan di negeri ini seperti tahun lalu.


"Kami tidak kisah menjalankan ibadah korban itu walaupun perlu mengikuti SOP yang lebih ketat asalkan ibadah korban itu boleh dijalankan," katanya.


Mengenai lembu baka belgian blue yang dijual, katanya, lembu baka berusia tiga tahun empat bulan itu dibeli oleh seorang penternak di Selangor.


"Lembu yang dipanggil Jimbo itu dianggarkan mempunyai jumlah daging sebanyak 500 kg apabila dikorbankan.


"Harga untuk sebahagian lembu itu ialah RM3,000 jika ia dibuka kepada orang ramai," katanya.
 
AIDILADHA | Permintaan Lembu & Kambing Korban Berkurangan

Menjelang sambutan Aidiladha esok, penternak di Melaka mendakwa permintaan terhadap lembu dan kambing korban berkurangan, berikutan SOP ketat sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

 
Back
Top
Log in Register