مايكل سكوتفيلد
CG Top Poster Club

- Messages
- 25,804
Paid Membership
- Joined
- May 13, 2007
- Messages
- 25,804
- Reaction score
- 2,198
- Points
- 261
Selaras pengumuman tempoh hari, Klang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya bakal menggunakan satu garis panduan bersepadu. Semua pelaksanaan undang-undang akan diperkemas dan diseragamkan dan sekaligus menjadi bandar metropolis di Malaysia iaitu Lembah Klang Raya.
Metropolis adalah bandar raya dengan lebih sejuta penduduk berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perniagaan, perdagangan, perindustrian serta berteknologi tinggi. Projek ini diumum menerusi Belanjawan 2024 dengan peruntukan RM2 juta bagi menggabungkan 4 bandaraya ini.
Kerajaan Negeri telah menubuhkan Mesyuarat Jawatankuasa Penyeragaman bawah Jawatankuasa Induk Majlis Pembangunan Lembah Klang Raya. Kepakaran, sumber, kewangan dan pelbagai lagi akan diseragamkan supaya tiada pertindihan serta memudahkan urusan penduduk.
Insya-Allah Lembah Klang Raya berpotensi menjadi gagasan ekonomi utama Asia Tenggara dan mampu tersenarai antara lima metropolis utama di Asia. Pencapaian ini pasti mampu meningkatkan kemakmuran negeri dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.
#KitaSelangor