BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki tunjuk 'anu' diburu

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Lelaki tunjuk 'anu' diburu

Oleh Noor Hidayah Tanzizi
A view of the sea

Lelaki dipercayai warga asing sedang dikesan polis kerana menunjukkan kemaluan kepada pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka di Manjung.

Foto Ihsan Pembaca
Manjung: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai warga asing yang didakwa menunjukkan kemaluannya kepada pekerja wanita ketika membuat bayaran di kaunter sebuah kedai serbaneka di sini, 10 Januari lalu.

Perbuatan lelaki berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan video berdurasi 39 saat itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Video berkenaan merakam lelaki itu membuat pembayaran barang dibelinya sambil menunjukkan kemaluannya terkeluar dari seluar yang terbuka.


Difahamkan, mangsa kemudiannya mengadu kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada mangsa berusia 23 tahun, lima hari kemudiannya.

Menurutnya, suspek dipercayai mempunyai niat menunjukkan kemaluannya kerana ketika masuk ke kedai serbaneka berkenaan dengan keadaan zip seluar dikatakan tertutup tetapi apabila mahu keluar zipnya terbuka.

"Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung sudah memanggil mangsa untuk temubual dan kita menjalankan siasatan kes ini," katanya ketika ditemui pada operasi memotong bekalan elektrik di lima premis sekitar Manjung, hari ini.

Menurutnya, maklumat awal mendapati suspek dipercayai warga asing dan pihaknya kini sedang mengesannya.

"Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya.

Disiarkan pada: January 27, 2022 @ 6:32pm
 
org2 gilo cmni tembak anu dio dgn pistol air isi air cabai+lada, den guno pistol air cabai utk tembak telor kucing jantan yg rajin kencing berak kek rumah.

berkesan giler babeng dengan side efek lari terkincit-kincit kepedihan ekekekekkee
 
Nampak pisang

 
org2 gilo cmni tembak anu dio dgn pistol air isi air cabai+lada, den guno pistol air cabai utk tembak telor kucing jantan yg rajin kencing berak kek rumah.

berkesan giler babeng dengan side efek lari terkincit-kincit kepedihan ekekekekkee
Ikat kat pokok pastu masukkan sarang kerengga dalam suar dia,tgk anu dia bergerak tak
 
Back
Top
Log in Register