BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki tertinggi dunia cari cinta

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LONDON 17 Sept. - Lelaki tertinggi di dunia yang mempunyai ketinggian 246.5 sentimeter berkata, beliau sedang mencari cinta ketika beliau dianugerahkan Guinness World Records di London, semalam.

Sultan Kosen, 26, dari Turki 'melenyapkan' Tower Bridge semasa beliau bergambar di tebing River Thames dalam lawatan pertamanya ke luar negara.

Beliau mengambil alih gelaran lelaki tertinggi di China, Bao Xishun yang mempunyai ketinggian hanya 236 sentimeter.

Sultan turut memiliki tangan dan kaki terpanjang masing-masing berukuran 27.5 sentimeter dan 36.5 sentimeter.

Tangan gergasinya itu membuatkan mereka yang bersalaman dengannya berasa kerdil ketika beliau muncul di London, manakala para pemberita pula berusaha untuk meletakkan mikrofon supaya lebih dekat kepadanya.

Rekod Sultan telah didedahkan untuk merasmikan Guinness World Records edisi ke-10.

Buku tersebut yang kini berusia 55 tahun turut merangkumi burger terbesar di dunia yang dibuat di Amerika Syarikat (AS) dengan berat 84 kilogram, selain rekod anjing yang memiliki telinga terpanjang serta papan selaju terbesar di dunia.

Sultan tidak mampu untuk menghabiskan persekolahannya disebabkan ketinggian luar biasanya itu, namun sekali sekala bekerja sebagai tukang kebun untuk menyara keluarga.

"Impian terbesar saya adalah untuk berkahwin dan mempunyai anak, saya kini sedang mencari cinta," katanya.

Sultan mempunyai tiga adik beradik lelaki dan seorang kakak yang mempunyai ketinggian normal, namun tumbesarannya mula meningkat ketika berumur 10 tahun akibat tumor yang mengeluarkan hormon ketinggian berlebihan daripada kelenjar pituitarinya. - AFP

lu_05.1.jpg

Lelaki tertinggi di dunia, Sultan Kosen bergambar dengan beberapa orang kanak-kanak sekolah di London, kelmarin. - REUTERS
 
peh...kalau dia bg panampor...entah ler..aik...tangan jer ker tunjuk...benda lain yg besor x nk tjk ker?!
 
sampai jalan pun kena pakai tongkat ke

mmg tinggi betul

kalau tinggi dan badan(rangka) besa mmg 2,3 org bole nyorok blakang die neyh
 
mak oih...tingginya..
agak2 bape inci ni
:eek::eek::eek:
 
ada lagi besar dgn tinggi dari dia nih.....pemuda ukrain.....
dia lagi tinggi dari dia nih....cuma dia tak bg guiness check tinggi dia buat kali kedua......gilos....jap aku cari nama dia...
 
Back
Top
Log in Register