BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki terjun Niagara Falls

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
NIAGARA FALLS, Kanada 12 Mac - Seorang lelaki berada dalam keadaan kritikal setelah bertindak nekad terjun dari air terjun Niagara Falls, semalam.

Lelaki berusia lewat 30an itu berada dalam keadaan separuh sedar ketika dibawa ke Hospital.

Ketua Polis Taman Niagara, Chief Doug Kane berkata, lelaki itu mengalami hipotermia dan kecederaan di kepala.

Lelaki berkenaan sebelum itu bertindak melakukan terjunan tersebut dan enggan memberi kerjasama kepada pasukan penyelamat yang cuba untuk menyelamatkannya.

Sebelum itu, saksi yang berada di tempat kejadian telah menghubungi polis sejurus melihat seorang lelaki memanjat tebing air terjun Niagara Falls, sebelum terjun dari tingkat Horseshoe iaitu salah satu daripada air terjun di Niagara.

''Ketika pasukan penyelamat cuba membantunya, tetapi mangsa mengelak untuk berenang ke tengah sungai,'' kata saksi.

Sebuah helikopter persendirian turut dipanggil untuk membantu menyelamatkan mangsa.

" Mangsa tidak mahu dibantu dan telah berada di dalam air selama 45 minit," jelas seorang anggota penyelamat, Ruedi Hafen.

Menurut pegawai bomba, Kapten David Belme, anggotanya, Todd Brunning dan anggota penyelamat lain terpaksa berenang sejauh 60 meter untuk 'menangkap' dan menariknya ke tebing.

Sekurang-kurangnya 17 orang, tidak termasuk mereka yang membuat percubaan bunuh diri telah hilang di air terjun berkenaan sejak tahun 1901.

Air terjun Niagara Falls memiliki tiga peringkat iaitu American Falls, Horseshoe Falls dan Bridal Veil Falls. - AP
 
Nak bunuh diri kot #:-S
 
Gila..............
 
pa pulak..
dya tuh nk adventure yg extreme kot...
=p
 
bape tingkat agak2 air terjun ni??
 
dari bunuh diri, baik dia ni tawarkan jadi coach bola team Malaysia...mesti lagi best :))
 
Back
Top
Log in Register