BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki terbukti lebih pelupa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Los Angeles: Satu kajian akhirnya, membuktikan bahawa lelaki lebih pelupa berbanding wanita.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal Pusat Bio-Perubatan Psikologi, (BMC Psychology) mendedahkan hasil kaji selidik terhadap 48,000 responden. Mereka ditanya sembilan soalan mengenai memori, termasuk sama ada mereka boleh ingat semula apa yang pernah dilakukan setahun lalu dan sama ada mereka ingat butiran dalam sesuatu perbualan.


Terbukti lapan daripada sembilan soalan ditanya menunjukkan lelaki berdepan kesukaran untuk mengingat semula.

Kedua-dua jantina menghadapi masalah dengan subjek yang sama khususnya nama dan tarikh. Kajian turut mendapati, bagi kedua-dua jantina pendidikan tinggi ada hubung kait dengan memori yang lebih baik dan tekanan serta keresahan membawa kepada sifat pelupa.


Usia bukan faktor pelupa

Satu lagi penemuan menarik menunjukkan usia bukanlah faktor yang memainkan peranan utama untuk menjadi pelupa seperti yang disangka. Kajian mendapati wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun mengalami tahap lupa yang sama.
“Mengejutkan apabila lelaki lebih banyak lupa berbanding wanita. Ia tidak pernah didokumenkan sebelum ini. Agak mengejutkan juga kerana lelaki berusia 30 dan 60 tahun mengalami tahap lupa yang sama. Ternyata keputusan ini tidak kabur,” kata Profesor Jostein Holmen dari Universiti Sains dan Teknologi Norway (NTNU). - AGENSI





sumber
 
salah tu,dia ingat tp tesangkut,tu yang banyak keluar perkataan.. apa nama tu..
 
memang pelupa pun semuanya nak difikirkan.
 
mana ada..ppuan lg kuat lupa
 
laki susah nak jawab, sebab laki nak jawab btol2, pompuan main jawab je, konon2 btol, padahal tak, kaji selidik ni tak boleh pakai... haha
 
Back
Top
Log in Register