BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki selamba kencing dalam tren ETS

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
kencing_KTM1505_620_451_100.jpg

Kencing-KTMB-ETS.jpg


PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang membuang air kecil dalam sebuah gerabak kereta api Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bukan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Siti Badariah Wan Hanafi yang dipetik Sin Chew Daily mengesahkan kejadian itu berlaku dua minggu lalu.

“Pengawal keselamatan yang kencing dalam gerabak kereta api itu adalah seorang lelaki berbangsa India dan dia bukan kakitangan KTMB,” katanya kepada akhbar berbahasa Cina itu semalam.

Siti Badariah berkata, gambar itu dirakamkan seorang penumpang yang kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada petugas ETS.

Gambar itu kini tersebar luas di laman media sosial.

Dalam rakaman video itu, seorang lelaki berbaju seragam pengawal keselamatan tanpa segan membuka seluar dan membuang air kecil di belakang tempat duduk dalam gerabak tren.

Namun laluan perjalanan tren yang dinaiki lelaki itu tidak dapat dipastikan.

Sehubungan itu, KTMB meminta penumpang menegur individu yang berkelakuan tidak senonoh atau melaporkannya kepada polis bantuan atau pusat kawalan di stesen.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...-kencing-dalam-kereta-api-bukan-petugas-ktmb/
 
****** import ke tempatan ni? biasa import yg tak senonoh perangai gini
 
Toilet ade..punyala luas..bersih lagi..apeda takde sivik
 
aku rasa yg import pnya perangai cmni ni, dkt area rumah aku pun ada bangsa mcm ni, selambar je kencing dkt belakang mesin jual air R.O dkt dgn KK Mart, xda rasa bersalah langsung, terus aku tempik "Hoi", dia pusing, cover2, terus blah, dorg dah biasa buang air tepi2 tembok ke apa agaknya dkt negara asal dorg
 
aku rasa yg import pnya perangai cmni ni, dkt area rumah aku pun ada bangsa mcm ni, selambar je kencing dkt belakang mesin jual air R.O dkt dgn KK Mart, xda rasa bersalah langsung, terus aku tempik "Hoi", dia pusing, cover2, terus blah, dorg dah biasa buang air tepi2 tembok ke apa agaknya dkt negara asal dorg


kalau betul yg ni import...

yg import jadi guard??? adoiiiii #:-S
 
Back
Top
Log in Register